“Wajah dah Melayu, tapi cakap Melayu pelat, tak nak macam tu” Noor Nabila

3,683 views

Kakak Neelofa iaitu Noor Nabila mempunyai seorang anak hasil perkahwina terdahulu denagn pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad.

Ditanya tentang cara menjaga anak, Nabila memberitahu dia memang focus kepada satu-satunya anaknya iaitu Jebat Jayden.

Sudah pun masuk ke usia 4 tahun, seperti kebanyakkan kanak-kanak kecil yang lain, Jebat Jayden kini sudah mula petah bercakap.

Tentang penggunaan bahasa untuk berkomunikasi, kata Nabila, dia dan Sharnaaz memilih untuk mengajar anaknya itu bertutur dalam Bahasa Malaysia.

Jelas Nabila, dia lebih cenderung untuk utamakan bahasa kebangsaan agar Jebat Jayden tidak pelat dan tak fasih cakap Bahasa Melayu.

“Kita memang bertutur dengan bahasa Melayu saja di rumah, sama dengan adik beradik saya yang lain. Saya kalau boleh tak nak Jayden menjadi anak yang mahir dalam bahasa Inggeris tetapi dia tak tahu nak cakap Melayu. Tak boleh macam tu. Memang kena pandai cakap bahasa Melayu dulu.”

“Tapi ini merupakan pandangan peribadi saya. Sebenarnya apabila saya tengok dan nampak ramai anak-anak yang tak boleh bercakap bahasa Malaysia. Saya rasa terkilan juga. Wajah memang Melayu, tak ada mix, tapi cakap Melayu jadi pelat pula dan tak fasih. Saya tidak mahu seperti itu. Bahasa Malaysia kan bahasa kita.”

Tentang Jayden, Nabila turut ajar dialek Kelantan kepadanya.

“Jayden pun kena tahu Bahasa Malaysia dan juga dialek Kelantan. Kalau dari bahagian dialek Penang, itu bahagian Sharnaaz, terpulanglah kepada Sharnaaz.”

“Apa yang saya buat ini agar Jayden senang nak masuk bergaul dengan orang sekeliling. Saya dan Sharnaaz dah sepakat tentang hal ini.”

Noor Nabila akui English juga amat penting dan yakin Jebat Jayden akan pelajarinya di sekolah kelak. Antaar contoh ialah adiknya iaitu Faliq yang bertutur dalam Bahasa Melayu di rumah tetapi bila bersekolah terus fasih English.

“Nanti dia masuk sekolah, dia akan belajar serta cakap English. Oleh itu tak perlu nak risau pun.”

Selepas berpisah dengan Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila telah berkahwin dengan Engku Emran.