Mesra sangat dengan Zul Ariffin, ada kata dah kahwin, ini penjelasan Ruhainies

15,814 views

Pelakon popular tanah air iaitu Ruhainies dan Zul Ariffin mencetuskan tanda tanya setelah ada video mereka berdua berpegangan dan bersentuhan antara satu sama lain.

Sehinggakan ada yang membuat andaian bahawa kedua mereka bagaikan suami isteri sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa mereka dah berkahwin.

Tuan punya badan iaitu Ruhainies akhirnya tampil memberi komen tentang hal ini.

Ruhainies mengatakan dia sebenarnya masih lagi single malah turut berkata sekiranya ada berita baik, dia tak akan sesekali merahsiakannya kepada orang ramai.

“Sebenarnya saya dan Zul memang kawan baik dan teramat rapat. Terus terang saya amat seronok berkawan dengan Zul apatah lagi dia ni seorang pendengar yang amat baik.”

“Apa yang boleh saya cakapkan, kami berdua ni masih lagi bujang dan belum pun berkahwin. Namun begitu jikia ada berita baik, sudah pasti kami akan ceritakan dan sebarkan kepada semua.”

Kata Ruhainies, dari pendapatnya, perkahwinan sesuatu yang perlu disebarkan.

“Tentang soal perkahwinan ini, seeloknya lebih baik kalau ianya dikongsikan kepada orang ramai agar tak adalah akan mengundang fitnah atau salah sangka nanti.”

Bercakap tentang kemesraan dirinya dengan Zul di video itu, Ruhainies akhirnya meminta maaf kepada semua yang kurang senang melihatnya.

“Saya nak minta maaflah jika video saya bersama Zul yang kelihatan agak mesra itu ada membuatkan kalian semya rasa tak selesa. Memang kami sangat akrab sebagai teman baik. Kami berdua saling memahami antara satu sama lain. Dah lah, ikutkan saya tak mahu ulas lebih terperinci. Lagipun memang tak mudah nak puaskan hati semua pihak.”

Itulah penjelasan dari Ruhainies adik kepada pelakon Risteena Munim, sekaligus menjelaskan dia kini masih lagi single.

Video antara Ruhainies dan Zul Ariffin itu adalah video ketika mereka bertemu di event anugerah di ibu kota baru-baru ini.