“Tak payah nampak nazak sangat” Bonda Rozita sound Aliff Syukri

9,626 views

Ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu bonda Rozita Ibrahim telah sound direct dengan anaknya itu kerana menulis dan meuatnaik video di Instagram seakan Aliff sedang sakit teruk sangat akibat Covid.

Bonda Rozita mengatakan anaknya itu memang kena covid stage 3, tetapi sebenarnya sihat saja.

Malah Rozita juga menyelar tindakan Aliff Syukri yang meminta maaf kepada netizen tetapi kepada ibu kandung sendiri pun tak minta maaf.

Aliff seakan menjaja kisah dirinya terkena covid untuk meraih simpati dan mendapat perhatian.

“Kau ni memang raja viralkan Aliff Syukri. Memanglah kena covid stage tiga tapi dah sembuh dah.”

“Mak geram dengan kau ni. Mak dah sound Shahida, mak dah call dan mesej kau, tapi tak jawab. Semalam pun mak dah tegur lagi.”

“Ni mak tegur direct kat kau, biar terasa, asyik nak viral, meh sini mak kecam kau pula.”

“Kau ni post siap minta maaf pada netizen semua, tapi kat mak sendiri ni, kau tak minta maaf pun. Sebelum minta maaf pada orang lain, pada netizen, baik kau minta maaf kat mak ni dulu ha.”

Bonda Rozita juga mengingatkan anaknya itu agar jangan buat orang lain risau dan jangan buat kononnya sedang nazak.

“Sejak balik memang kau sakit tapi sekarang ni kan dah sihatkan. Duk sana sorang-sorang tu jangan nak buat orang lain risau, dah sembuh kan, tak payah nak nampak nazak sangat.”

“Kau ni memang tak de kerja kan. Wasiat harta-harta kau tu pada Shahida dan anak-anak, meh sini kasi sikit kat mak juga.”

“Kau janganlah nak poyo sangat Aliff Syukri. Kau memang tak ada kerja dan tangan kau gatal nak menaip. Lepas tu yang jadi mangsa, siap lagi mak, Shahida dan family.”

Itulah komen padu dari ibu kepada Aliff Syukri iaitu pengasas Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim.