Mia Sara dedah ketinggiannya ketika ini, di umur 18 tahun, punca sukar dapat watak ‘remaja kolej’

1,167 views

Terkenal sebagai pelakon kanak-kanak, Mia Sara kini sudah pun meningkat ke usia remaja. 

Lahir pada tahun 2005, Mia Sara kini sudah pun masuk ke usia 17 tahun lebih dan akan masuk ke umur 18 tahun pada bulan September nanti. 

Namun begitu pelakon ini akur bahawa dirinya masih lagi sukar ditawarkan watak yang lebih dewasa dari umurnya ketika ini. 

Jelas Mia Sara, dia tak ada lagi menerima tawaran untuk membawakan watak sebagai seorang remaja, dan hanya ditawarkan untuk membawa watak sebagai kanak-kanak yang masih bersekolah ketika ini. 

Faktor utamanya ialah ketinggian yang dimilikinya. 

Melalui satu temubual dengan Hlive, ini pengakuan dari Mia Sara tentang isu ini. 

“Tengoklah beza saya dengan akak (wartawan). Saya terima benda tu (ketinggian). Memang nampak jelas. Nampak ke saya ni seorang yang dah membesar.” 

Kata Mia Sara yang membezakan ketinggian dirinya dengan waratawan yang menemubualnya. 

“Nak buat macam mana. Jujur, saya pun penat juga, dengar dari dulu lagi, semua orang membesar, tetapi saya tak besar-besar juga.” 

“Apapun, dah saiz saya macam ni, muka pun macam ni, saya pun terima saja dengan sepenuh hatilah.” 

Wartawan berkenaan kemudian terus bertanya, berapakah sebenarnya ketinggian Mia Sara ketika ini. Ini jawapannya. 

Sekarang ni, tinggi saya ialah 149cm. Ni tak pakai heels.” Jawab Mia Sara secara terbuka. 

Bagi Mia Sara, ketinggiannya itu membuatkan tawaran lakonan untuk membawa watak remaja, atau untuk watak sebagai seorang pelajar kolej atau universiti memang amat terhad. 

“Dalam bidang lakonan, memang amat limited. Umur Mia sekarang ini kalau ikutkan dah 18 tahun, dah boleh watak selain kanak-kanak, cuma muka dan ketinggian saya belum lagi nampak macam sesuai.” 

“Sekarang ni tawaran untuk bawa watak remaja pun masih tak ada, tapi saya okey saja.” 

Itulah sedikit komen dari Mia Sara tentang ketinggiannya dan juga saiznya yang nampak masih lagi sebagai pelajar sekolah.