Penyanyi Mila Jirin luah rasa sedih sampai mengalir air matanya tentang berita perletakkan jawatan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kesedihannya itu dipaparkan menerusi satu video yang dimuatnaik oleh Mila di laman IG miliknya semalam.
Katanya dia amat sedih kerana mengenangkan jasa dan bantuan perdana menteri yang telah diberikan kepadanya sepanjang adanya perintah kawalan pergerakkan.
“Aku tak tahulah mengapa aku rasa amat sedih. Aku tak pernah rasa sedih jika ada perdana menteri nak letak jawatan sebelum ini. Tapi ini mungkin kerana dia ada bantu aku. Dia dah bantu aku.”
Mila dilihat mengalirkan air matanya dan tersesak-esak sambil memejamkan mata dan kemudian mengesat air mata ketika berbicara tentang hal ini. Mila kemudian berdoa agar semua urusan rakyat negara ini akan dipermudahkan.
“Aku doa sangat, semoga Allah akan mudahkan urusan semua orang kat Malaysia. Angkatlah virus covid ini jauh-jauh ya Allah. Kita bergantung harap kepada Allah. Dia kan ada. Maaf ye kepad kawan-kawan semua, saya teremosi pula.”
Sebelum ini Mila Jiri nada mendedahkan bahawa kerajaan sekarang telah memberi bantuan yang amat banyak kepada syarikatnya.
“Saya ni antara yang terima subsidi upah. Subsidi upah ni memang membantu syarikat dalam membayar gaji pekerja. Lingkungan RM76K sebulan ketikah fasa PKP yang pertama dan lebih kurang RM38K sebulan untuk fasa PKP sampai sekarang.”
Mila Jirin kemudian mengatakan, bantuan yang diterima ini membolehkannya membayar gaji para pekerja, malah semua staffnya turut menerima bantuan BPR.
Namun begitu ada pula yang mempersoalkan kenapa begitu banyak wang bantuan yang diterima oleh Mila Jirin, sehingga pukuhan ribu dalam sebulan. Sampai ada yang cakap yang tak elok pada Mila. Ini penjelasan Mila tentang hal ini.
“Ada pula yang kata saya telah dibayar. Ya tuhanku, subsisi upah ni adalah untuk bayar pada majikan agar dapat bayar gaji pekerja. Bukan bagi pada saya dan kegunaan peribadi saya.”
Itulah penjelasan dari Mila Jirin tentang isu ini.