“Saya ada permintaan” Harap semua dapat hormati permintaan dari Shuib

14,675 views

Malam tadi sekitar jam 10 malam, Shuib dari kumpulan Sepahtu telah buat satu kenyataan terbaru berkenaan pemergian isteri tersayang, Siti Sarah Raisuddin. Kenyataan Shuib itu dibuat melalui laman Instagram miliknya.

Dari entry berkenaan, Shuib ada beberapa permintaan kepada orang ramai dan juga pihak media, yang diharapkan dapat dibuat, demi untuk arwah Siti Sarah.

Pertamanya, Shuib berharap semua orang yang ada muatnaik gambar atau video berkaitan Sarah dan ada menampakkan auratnya, diharapkan dapatlah delete semuanya.

Ini memang penting agar orang yang sudah pergi buat selamanya tak perlulah nak menanggung dosa kerana menunjukkan aurat.

Keduanya, Shuib juga berharap, tak perlulah nak menceritakan semua kebaikkan yang pernah dilakukan oleh arwah isterinya secara keterlaluan.

Ini juga penting agar, tiada pihak yang terlalu obsess dan meratapi pemergian yang sudah tiada.

Jom baca kenyataan penuh dari Shuib tentang hal ini.

Terima kasih kepada semua yang doakan arwah isteri saya Siti Sarah Raisuddin, bidadari syurga saya. Saya ada permintaan di mana saya meminta kepada semua untuk tak lagi upload gambar atau video Allahyarham yang tak tutup aurat secara sempurna.

Selain itu, saya juga memohon agar mereka yang dah upload di laman media sosial untuk keluarkan semula (delete) video atau gambar nya.

Saya juga minta untuk tidaklah menceritakan segala kebaikan Allahyarham Siti Sarah secara berlebih-lebihan. Cukuplah secara sederhana dalam semua perkara dan perbuatan kita. Sekiranya diizinkannya, semoga kita semua menerima keberkatan dan kerahmatan dari Allah.

Sama-samalah kita untuk terus istiqamah menuju ke jalan yang benar. Sekiranya rindu kepada Allahyarham isteri saya, sedekahkan al-Fatihah kepadanya.

Apa yang penting, kita doakan kepada arwah Siti Sarah agar ditempatkan di kalangan ornag yang beriman, dan kita juga doakan agar segala urusan family Shuib dipermudahkan.