“Thanks doakan saya, tolong beritahu mana beli tudung labuh” Izara Aishah

7,839 views

Malaysia dikejutkan dengan berita baik, melalui beberapa perubahan artis wanita Malaysia yang telah tampil membuat anjakkan kearah yang lebih baik, dari segi pemakaian.

Kebanyakkan mereka mengambil tarikh tahun bari calendar Hijrah, iaitu awal Muharram yang lalu untuk melakukan perubahan dengan memakai hijab. Antaranya ialah Betty Rahmad, Vicha, Siti Elizad dan yang terbaru pelakon terkenal Izara Aishah.

Menantu kepada Datuk Khalid dan Siti Nurhaliza ini telah muatnaik foto memakai tudung labuh serta delete semua gambar lamanya.

Tiada caption yang ditulis di gambar berkenaan, malam belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Izara Aishah kenapa dia buat sedemikian.

Akhirnya semalam, menerusi satu tweet, isteri kepada Adi Khalid ini menulis sedikit respon tentang gambar berkenaan.

Pelakon yang sudah berumur 29 tahun ini meminta orang ramai untuk mendoakan penghijrahannya ini selain ada meminta kesemua followernya untuk suggest mana nak beli tudung.

Boleh tunjuk gambar-gambar khimar yang boleh saya beli. Terima kasih semua dan doakan saya, terima kasih untuk kalian semua.” Itulah tulisan dari Izara Aishah.

Untuk yang tidak tahu, khimar ini bermaksud tudung yang proper atau tudung yang labuh, menutup sehingga ke paras dada. Maksud asal khimar ini diambil dari Bahasa Arab iaitu khamara yang bermaksud untuk menutup (to cover).

Tweet dari Izara Aishah itu mendapat respon yang baik dari para followernya dan ramai yang mula kongsikan tempat mana nak beli khimar. pelbagai tempat yang orang ramai suggest kan buat Izara.

Selain itu, ramai juga yang mendoakan agar segala urusan Izara Aishah untuk berhijrah ini akan dipermudahkan.

Untuk Info Izara Aishah atau nama penuhnya Nik Izara Aishah, berkahwin dengan anak Datok Khalid iaitu Adib pada tahun 2017 dan dikurniakan seoang anak perempuan.