Misya akan elak hubungi Aslam, semasa giliran madunya, Marissa Dania

1,050 views

Nama Misya Mazlan, kini semakin dikenali di alam maya setelah bergelar madu kepada Marissa Dania, anak Abby Abadi, dan Norman Hakim. 

Isteri pertama kepada Aslam ini, sering saja menjadi tumpuan warga maya. 

Misya, 25 tahun, kini sudah mempunyai seramai 170k pengikut di laman Instagram dan sudah bergelar sebagai seorang influencer. 

Ramai juga yang mahu tahu perkembangan terkini ibu kepada dua orang cahaya mata ini. 

Yang terbaru, melalui satu temubual dengan portal Mstar, Misya mendedahkan bahawa dia tak akan contact suaminya semasa giliran bersama isteri kedua, Marissa Dania. 

Namun, sekiranya ada urusan penting, barulah dia akan hubunginya. 

Kalau tiada apa-apa hal, Misya tak akan contact suaminya itu, kerana merasakan suaminya itu mungkin akan rasa rimas.   

“Giliran sana, Marissa Dania, abaikan sahaja. Lelaki ini cepat rimas.”  

“Kalau saya tak nak fikir yang bukan-bukan, saya tak akan hubungi Aslam. Itu tip saya, tak contact atau tengok apa-apa pun. Saya hanya abaikan.” 

Namun begitu, Misya akan update suaminya itu jika mahu keluar rumah.  

“Namun, kalau saya nak keluar, saya akan beritahu. Kalau tak, memang saya tak contact la.” 

“Ini kerana, saya tak suka, contohnya kalau telefon nanti, saya rasa macam nak tanya yang bukan-bukan.” 

Dengan cara itu, Misya merasakan emosinya akan lebih terjaga. 

“Nak elakkan emosi dan pergaduhan, tak perlu tanya banyak. Tips untuk kawal emosi, apabila kita pilih untuk stay hidup bermadu, kita kenalah menerima kesan dan akibatnya.” 

“Kita buat tak tahu, abaikan saja.” 

 Sementara itu, Misya turut akui, dia kurang senang apabila selalu saja dibandingkan dengan madunya itu.   

“Saya tak tahu mengapa ada yang sampai perlu nak membanding-bandingkan sebab saya adalah saya dan dia pula adalah dia. Tidak perlulah nak bandingkan.” 

Nama Aslam dan juga Misya menjadi bualan ramai pada awal tahun ini, apabila lelaki berkenaan disahkan menikahi Marissa Dania di Thailand sebagai isteri kedua.