Nora Danish dah beri jawapan, persoalan yang ramai tanya, pakai tudung, keadaan Nedim

893 views

Nora Danish kini masih dalam iddah setelah bercerai talak satu dengan Nedim Nazri. 

Namun ketika ini, bekas suaminya itu diuji dari segi kesihatan, apabila dimasukkan ke hospital. 

Pada mulanya, Nedim dimasukkan ke unit rawatan rapi atau ICu, namun kini dah pun keluar dan ditukarkan ke wad biasa. 

Namun, dia masih lagi menerima rawatan di hospital sehingga hari ini. 

Sejak Nedim kasuk hospital, bekas isteri, Nora Danish dilihat sentiasa ada di sisi Nedim. 

Nora Danish menjaga Nedim sepanjang berada di dalam wad. 

Apa yang menarik perhatian ramai ialah pemakaian pelakon berkenaan yang dilihat memakai tudung. 

Ramai yang tertanya-tanya sama ada, adakah Nora kini sudah berhijrah, dan akan kekal bertudung penuh tak lama lagi. 

JAWAPAN NORA TENTANG PAKAI TUDUNG 

Menjawab persoalan orang ramai, akhirnya Nora berkata, dirinya memakai tudung sepanjang menjaga Nedim untuk memudahkannya mendirikan solat. 

Apabila menutup aurat, sudah tentu lebih mudah untuk beribadah, termasuk bersolat dan juga mengaji.  

“Saya nak cerita sikit tentang penampilan saya sebab ramai yang tertanya tanya.” 

“Seperti yang sedia maklum, Nedim sekarang ada di hospital.” 

“Jika saya jaga Nedim di hospital, Nora senang mengenakan pakaian yang mudah untuk mendirikan solat.” 

“Dalam masa yang sama, Nora pun mengaji juga, oleh itu lebih mudah memakai pakaian yang menutup aurat.” 

NEDIM SAKIT APA? 

Tentang keadaan kesihatan bekas suaminya itu, ini pula kata Nora Danish.  

“Nedim masih di hospital, dia sedang dalam proses pemulihan, recovering. Tapi sekarang Nora tak boleh tak cerita lebih detail tentang keadaannya serta apa masalah kesihatannya, itu adalah confidential dan untuk privacy.” 

NORA DANISH JADI NURSE 

Semasa di hospital, Nora dan Nedim sering muatnaik foto terkininya. 

Nedim ada menulis yang mana dia melabel Nora sebagai nurse peribadinya yang selalu saja berkelahi, namun ianya secara bergurau saja. 

“Nurse bergaduh aku dah sampai.” 

Nora pula membalas: “Apabila sampai, nurse Nora dapati banyak air manis di atas meja ye.” 

Di waktu terluang, Nora Danish juga dilihat ada membawa Nedim bersiar di sekitar hospital untuk nikmati udara luar dengan wheelchair atau kerusi roda. 

PENAFIAN NORA DANISH 

Dalam pada itu, Nora Danish berkata lagi, dia tak pernah pun ada buat sebarang kenyataan tentang dirinya, contohnya seperti mahu suaminya yang alim atau sebagainya. 

Nora Danish berharap, tiada lagi berita tak benar tentang dirinya selepas ini akan diperkatakan. 

Itulah perkembangan terkini Nora Danish dan juga bekas suaminya, Nedim, doakan yang baik-baik saja buat mereka dan semoga semua urusan akan dipermudahkan.