“Sayang Marissa, Aslam dan Misya” Norman Hakim

507 views

Tarikh 2 Julai 2005, maka lahirlah puteri, anak perempuan kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan juga Abby Abadi. 

Tahun ini, Marissa sudah pun masuk ke umur 19 tahun. 

Dah tentunya, ramai yang tahu bahawa pada tahun ini, mereka menjadi buah mulut orang ramai apabila kisah Marissa telah tersebar, tentang perkahwinannya sebagai isteri kedua kepada jejaka bernama Aslam. 

Marissa merupakan isteri kedua Aslam, yang mempunyai seornag lagi isteri iaitu Misya Mazlan. 

Sempena ulang tahun, birthday Marissa Dania yang ke 19 tahun ini, Norman Hakim telah mengutuskan sebuah video, khas buat anaknya itu. 

Satu ucapan dan luahan hari sebagai seorang bapa kepada anaknya. 

Kasih sayang yang tidak berbelah bagi. 

Norman mengimbas kembali, surat yang dikirimkan oleh Marissa kepadanya, dengan mengatakan dia amat sayangkan bapanya itu. 

Surat berkenaan amat bermakna buat Norman dan sehingga kini disimpan rapi. 

“Pada 9 tahun yang lalu, papa dapat surat cinta dari adik.” 

“Surat yang comel sangat, tapi bukan setakat comel, ianya sangat mendalam dengan segala maksud yang tersirat walau dicoret oleh anak yg berusia 10 tahun.” 

“Hilang segala hal terbelenggu aoabila terima surat adik tu. Sampai hari ini masih lagi disimpan kemas.” 

Norman juga mengimbas kembali detik Marissa dilahirkan ke dunia ini, iaitu di dalam kereta. 

“19 tahun lalu, papa tak boleh lupa detik papa sambut adik dalam kereta, adik dah tak sabar nak keluar, tak sempat nak ke klinik.” 

Sambil mengucapkan selamat hari lahir, Norman menegaskan kasih sayangkan kepada Marissa tak pernah berubah. 

“Selamat hari jadi my baby girl Marissa Dania. Sayang papa untuk adik tak pernah berubah.” 

Apa yang menjadi tumpuan ialah satu ungkapan sayang buat keluarga Marissa iaitu suaminya dan juga madu Marissa sendiri iaitu Misya. 

Norman berkata dia sayang semuanya termasuk Aslam dan juga Misya. 

“Papa amat sayang pada adik, sayang pada Aslam dan juga sayang Umisya.” 

Ini paparan penuh coretan hati Norman Hakim kepada Marissa. 

Selamat hari lahir yang ke 19 diucapkan kepada Marissa Dania.