Mudahan lepas radioterapi, saya masih ada masa bersama anak-anak

4,794 views

Sedang bertarung dengan barah, Elyana telah update perkembangan terkini dirinya. Jelas penyanyi ini, dia akan jalani rawatan radiotherapy untuk penyakit kanser limfoma.

Penyanyi berumur 33 tahun ini mendedahkan hal berkenaan menerusi laman Ig miliknya.

Selain itu, penyanyi yang terkenal dengan gaya tak memakai selipar atau kasut ini turut mendedahkan bahawa berat badannya kini hanya seberat 35 kilogram sahaja.

Badannya turut rasa amat lemah dan tak berapa kuat, dan dia kena gagahkan diri untuk buat rawatan radiotherapy.

“Saya kena kuatkan diri untuk buat rawatan radiotherapy sebab sekarang rasa badan sangat lemah dan sangat penat sejak kebelakangan ini.”

“Bayangkanlah untuk terbalikkan badan semasa tidur pun saya tak larat kerana terlalu letih, apatah lagi kalau nak diri lama.”

Sebanyak 10 sesi rawatan radiotherapy akan diharungi oleh Elyana bermula pada petang ini.

“Saya tak nak buat kimoterapi sebab rawatan itu buat saya jadi lebih sakit dan lemah. Doktor pun tahu saya tak nak buat.”

Elyana berkata dia akan kuatkan diri untuk buat radioterapi demi dua orang anaknya yang masih lagi kecil, yang memerlukan emaknya.

“Saya masih lagi main-main dengan anak-anak. Saya tak nak baring saja. Setelah fikir, akhirnya saya ambil keputusan untuk buat radioterapi.”

“Harapnya selepas melakukan buat radio, saya masih lagi ada masa untuk bersama dengan mereka.”

Elyana turut telah menerima sebanyak dua beg darah, untuk menaikkan sel darah merah yang dilihat berkurangan.

“First beg tengah masuk, kejap lagi masuk second beg. Satu beg amik masa dalam tiga jam. Jadi sampai ke pagi. Lepas tu saya akan masuk susu, sebab berat saya tak cukup.”

Kemudian, Elyana turut menunjukkan bacaaan penimbang berat badan, yang mana beratnya hanya 35 kilogram saja.

“Ramai yang tanya berat saya, ini yang paling latest, 35 kg.”

Elyana memberitahu kepada umum bahawa dia merupakan pesakit limfoma setelah menyertai pertandingan gegar Vaganza. Dia telahpun di diagnose ada kanser sejak 10 tahun lalu. Sebelum ini Elyana mendedahkan kansernya telah merebak ke beberapa organ lain.

Jika dilihat di Instagram, Elyana turut dilihat tampil bertudung sejak akhir-akhir ini. Sama-sama kita doakan buat Elyana.