Nabil Ahmad dibayar sebanyak RM40ribu?

2,755 views

Ketika ini, antara pengacara paling cemerlang boleh diletakkan kepada Nabil Ahmad. Sebagai pelawak dan penghibur, telatah Nabil seringkali berjaya menambat hati sesuatu event atau majlis. 

Baru-baru ini, dikhabarkan Nabil merupakan pengacara yang mendapat bayaran tertinggi di Malaysia. 

Hal ini dibicara dan didedahkan oleh satu video menerusi aplikasi atau laman media sosial Tik Tok. 

Video itu menunjukkan top 7 pengacara termahal tanah air, dan Nabil menduduki carta teratas dengan jumlah bayaran sebanyak RM40ribu. 

Senarai pengacara lain ialah Zizan dengan RM30ribu, Datuk AC Mizal dengan RM28ribu, Datuk Aznil Nawawi dengan bayaran RM28ribu, Awal Ashaari dibayar RM25ribu, serta dua pengacara wanita iaitu Raja Azura RM23ribu dan Fara Fauzana dengan bayaran RM20ribu. 

Menerusi laporan Harian Metro, wartawan telah mendapatkan Nabil Ahmad untuk berbicara tentang isu bayaran yang didedahkan ini. 

Namun Nabil Ahmad telah menafikan hal ini, apatah lagi bayaran itu tak pernah diterimanya untuk satu episod. 

“Ya tuhanku, kalau dia letak itu nilai untuk saya, yang mana nilai mengacara yang mahal, dah tentunya saya gembira. Nilai ni bukannya sebagai duit, namun nilai hos mahal iaitu dengan standard yang tersendiri.”  

“Namun, begitu, tentang harga, saya tak pernah dapat bayaran seperti didedahkan itu.” 

“Jika dikira mengikut kerja berepisod memanglah dapat banyak juga. Tetapi, untuk dapat satu harga sekaligus, saya sendiri tak berani letak harga seperti tu.” 

Nabil menjelaskan dia lebih gemar meletakkan harga yang sesuai dengan apa yang mampu dia berikan. 

“Saya belajar semasa mengacara, jika mahu klien puas hati dengan kita, mereka kena puas hati dari segi mengacara dan juga harga.”  

“Contohnya jika saya buat event korporat, jika beri harga tinggi, jangkaan mereka juga dah tentulah amat tinggi.”  

“Kalau berikan harga sederhana, klien pun okay. Dan kalau kita ni mengacara biasa saja, ia sesuai dengan harga. Dan sekiranya letak harga okay dan orang cakap saya ni mengacara bagus, best, itu lebih bernilai buat saya.” 

“Bagi saya, tak ada jaminan kalau letakkan harga tinggi akan dapat memuaskan hati semua tetamu yang datang. Hakikatnya, tidak boleh.” 

“Memang harus sedar kita tak boleh puaskan semua hati. Dah tentu akan ada yang cakap tak best pun.” 

Jelas Nabil Ahmad lagi, apa yang penting ialah klien suka dan kena fikirkan jangka masa panjang juga.