Rahim akhirnya respon isu Shuib tak nak join Sepahtu dah..

1,255 views

Isu tentang pelawak Shuib Sepahtu yang pernah buat kenyataan bahawa dia tak akan sertai Sepahtu lagi sering jadi tanya para peminatnya. 

Ramai nak tahu adakah ada sesuatu masalah antara Shuib dengan kumpulan Sepahtu itu sendiri dan tertanya apa yang berlaku di sebalik keakraban yang dilihat di mata kasar. 

Menjawab hal ini, salah seorang ahli Sepahtu iaitu Rahim tampil memberi pendapatnya. 

“Saya memang tak berapa pasti kalau sebelum ini Shuib merajuk dengan kami, rasanya dia terasa hati dengan industri ni tetapi bukanlah dengan kami atau kumpulan Sepahtu.” 

Rahim berkata sedemikian dalam satu tembubual berkenaan program Sepahtu Reunion Live Tour yang  bermula pada 11 Oktober sehingga 18 November tahun ini menjelajah Johor, Terengganu dan Kedah. 

Shuib disahkan tidak sertai program berkenaan dan ramai mula berkata kembali. 

“Kami dah pun pelawa Shuib untuk join sama, tetapi menghormati keputusannya nak tumpu kan perhatian terhadap family dan business.” 

“Antara kami tiada apa isu dan baik-baik saja, tak pasti dia ada merajuk pula. Sebelum ini pun dia kan ada muncul dalam Sepahtu Reunion.” 

Rahim berkata kumpulan Sepahtu sentiasa terbuka untuk bekerja bersama Shuib. 

“Kami sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan Shuib pada masa akan datang.” 

Rahim juga memberitahu sampai sekarang mereka masih berhubung seperti biasa, malah sesekali akan berjumpa di lapangan golf, main bersama. 

Program jelajah Sepahtu Reunion ini akan disertai Jep, Rahim, Pak Ya, Ebby Yus dan artis jemputan termasuk Erra Fazira, Siti Elizad, Uqasha Senrose dan Afifah Nasir. 

yang diadakan julung kali itu turut disertai Jep, Pak Ya dan Ebby Yus, selain barisan artis jemputan iaitu Erra Fazira, Uqasha Senrose, Siti Elizad dan Afifah Nasir. 

Kata Rahim semua persiapan sedang giat dijalankan agar jelajah Sepahtu Reunion ini akan berjalan dengan baik.