“Nampak hensem lah Cik B” Gaya rambut terbaru Cik B jadi perhatian

1,368 views

Siapa yang tak kenal dengan nama ahli perniagaan dan instafamous bernama Datuk Seri Vida. Seringkali tampil dengan pelbagai isu yang viral, semua pun memang kenal dengan nama ini. 

Kerana terlalu terkenal dan tersohor, sudah tentu ramai yang mahu mengetahui tentang keluarganya juga. 

Antara yang turut sama terkesan dek terkena tempias populariti Datuk Seri Vida ialah anak perempuannya. 

Datuk Seri Vida mempunyai dua orang anak iaitu anak perempuan bernama Cik B dan anak lelaki bernama Kacak. 

Kali ini. Ada sedikit cerita tentang Cik B, remaja yang kini dah berumur 17 tahun. 

Anak gadis ini memang turut mempunyai ramai pengikut di laman media sosial, dan entry barunya telah berjaya menambat pandangan orang ramai. 

Ianya tentang gaya serta style rambut baru Cik B. 

Cik B telah muatnaik satu video yang mana menunjukkan dia dah pun potong rambut dan tampil dengan gaya terkini. 

Gayanya itu menampilkan rambut Cik B yang agak pendek sekaligus membuatkan wajah Cik B lain sedikit dari kebiasaan. 

Jelasnya dia terpaksa memotong rambut pendek sedemikian kerana rambutanya telah rosak. Malah orang yang potong rambutnya itu ialah mamanya sendiri, Datuk Seri Vida. 

“Mama potong rambut. Rambut lama saya rosak.” Itu yang ditulis oleh Cik B 

Melihat ruangan komen, rata-rata banyak komen yang ditinggalkan oleh netizen di luar sana. 

Kebanyakkannya mengatakan gaya itu memang membuatkan Cik B kelihatan agak boyish sedikit. 

Ada juga yang memberi komen mengatakan Cik B kelihatan handsome dan kacak dengan rambut yang boyish itu. 

“Kacaknya nampak Cik B. Ini pun okey juga” 

“Memang lain pula wajah Cik B ni.” 

“Memang kemas, pandai mama Cik B potong rambut.” 

Apapun, Cik B dan family Datuk Seri Vida memang havoc selalu, semoga terus happy.