Nabil Ahmad gembira tak terkata, anak sulung kini berhijab atas pilihan sendiri

6,070 views

Nabil Ahmad antara selebriti yang telah berhijrah ke arah kebaikkan dan sedang perbaikki diirnya ke jalan yang diredhai. 

Perubahan Nabil Ahmad amat ketara, dan sedikit demi sedikit memperlajari ilmu baru untuk terus berjaya di dunia dan akhirat. 

Bukan saja dirinya, malahan isteri Nabil iaitu Nazirah Ayub turut bersama-sama berubah dan mengenakan hijab. 

Ternyata penghijrahan Nabil dan isteri membuka hati anaknya pula iaitu Nayla Mikayla yang baru berumur 11 tahun. 

Di usia yang masih lagi muda, anaknya yang dippangil dengan nama Mika itu telah mengambil keputusan untuk tampil berhijab sepenuhnya. 

Lebih manis lagi, Nabil berkata, keputusan itu dibuat oleh anaknya sendiri tanpa disuruh oleh Nabil dan isteri.  

“Kami memang tak menyangka kerana dia baru saja darjah lima. Kami nak biar dia buat apa yang selesa dulu. Syukur sangat, alhamdulillah dia sendiri yang membuat keputusan ini.” 

Nabil sebagai ayah amat gembira dengan hal ini dan sentiasa menyokong anaknya itu. Namun Nabil akui dia tak bercerita kepada sesiap kerana gusar akan ujian dari Allah. 

“Saya memang tak ada nak bercerita kepada sesiapa pun. Memang amat happy. Namun saya pun khuatir nak berkongsi cerita akan hal ini. Khuatir nanti Allah uji dia untuk buka balik. Itu yang saya biar saja dulu.” 

“Apapun, saya tetap menyokong kehendak baiknya itu. Tanya dia nak tudung warna apa dan nak anak tudung jenis yang macam mana.” 

Nabil berharap anaknya itu akan terus istiqamah selepas ini. 

“Allah bagi dia istiqomah. Dia pun nak belajar agama juga. Memang itulah yang saya harapkan. Tak ada yang lebih menggembirakan saya melihat anak-anak saya ikut agama.” 

Mengimbau kisah dirinya yang dulu lambat belajar agama, Nabil gembira dengan pilihan anaknya itu. 

“Saya gembira serta legalah, sebab saya ni bapa dia, dulu tak baik sangat, seorang yang nakal, belajar agama lambat dan dapat hidayah lewat sikit.” 

“Oleh itu, kalau boleh saya tak nak anak saya lalu satu perjalanan yang menguji. Biarlah dia melalui landasan yang betul. Itu yang saya nak bimbing dia. Semua dengan ke izinan dari Illahi.” 

Ditanya tentang sekiranya anaknya menjadi duta tudung, Nabil tidak melarangnya, kerana itu akan menggalakkan anaknya itu untuk terus memakai tudung.  

“Biarlah dia di datang ke sekolah pakai tudung cantik, pergi bersukan pun ada tudung cantik dan dia mula belajar. Itu yang seronok.”  

“Apapun, memang saya takut sangat nak cerita kepada orang ramai. Maklumlah di tu kan masih lagi budak-budak. Risau juga kadang dia nak dan kadang tidak.” 

“Sekarang ni dia sendiri yang nak dan rela. Kita semua ada ujian dan dugaan. Iman ini bukan setakat naik turun, kadangkala ada terkeluar dan dia masuk semula balik.” 

Itulah cerita dari Nabil Ahamd tentang anaknya Nayla Mikayla yang kini telah pun bertudung di usia 11 tahun, syukur.