Ibu Shila Amzah diceraikan ND Lala melalui mesej Whatsapp

25,884 views

Baru beberapa hari majlis perkahwinan antara Shila Amzah dan Ubai jadi tumpuan ramai, kini ramai pula tertumpu kepada kisah ibu bapanya. 

Akhirnya terjawab sudah tentang status rumah tangga ibu bapa penyanyi Shila Amzah iaitu Datuk ND Lala dan juga Fauziah Sarman. 

Melalui satu post di Instagram, Fauziah yang menggunakan Ig akauan Mamazie, telah mengumumkan dirinya diceraikan oleh ND Lala menerusi mesej Whatsapp. 

Mamazie turut memuatnaik foto mesej berkenaan, yang mana ND Lala atau nama penuhnya, Amir Amzah ada menghantar mesej audio, melafazkan talak kepada Fauziah. 

Dari mesej itu, Fauziah hanya menjawab dengan ucapan terima kasih kepadanya. 

ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh, 62, melafazkan cerai itu di Masjid Ar Rahman, Bangsar, Kuala Lumpur pada 2 Ogos lalu dan memaklumkan kepada dirinya melalui aplikasi WhatsApp pada pagi Selasa. 

“Salam semua. Dengan izin dari Nya dan kekuatan Illahi kepada saya, ingin dimaklumkan bahawa saya telah menerima lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp, dan ianya yang dihantar kepada saya pada pagi 8 Ogos 2023.” 

“Perkahwinan yang dibina selama 34 tahun, lafaz cerai ini dibuat oleh bekas suami saya pada tarikh 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan saya telah dimaklumkan semalam, iaitu tarikh 8 Ogos 2023 melalui pesanan WhatsApp.” 

Fauziah mendedahkan hal ini agar tidak berlaku sebarang spekulasi lanjut dan menerimanya dengan redha. 

“Saya menulis dan menjelaskan status saya supaya tak timbul sebarang fitnah dan cuba mendidik jiwa saya untuk tak menafikan kenyataan yang telah tertulis dalam perkahwinan kami ini.”  

“Apa yang telah saya lalui telah saya redhakan dan aturan dari Allah ini adalah yang terbaik untuk saya.” 

“Allah beri saya kekuatan yang amat luar biasa untuk terima ketentuan ini. Saya terima semua ini dengan berlapang dada sebab saya amat yakin doa saya, doa insan-insan yang sentiasa ada di belakang saya selama bertahun2 ini adalah asbab untuk saya mendapat kehidupan yang lebih baik, tenang dan lebih baik.” 

Fauziah atau Mamazie meminta semua untuk mendoakan dirinya agar menjadi lebih kuat dan mahu menjalani hidup yang diredhai Tuhan.  

“Doakan saya agar kuat macam mana saya kuat selama bertahun tahun hidup dalam penipuan.” 

“Sejarah ini akan jadi nadi kekuatan saya untuk bina hidup yang lebih diredhai Allah.” 

“Terima kasih di atas doa semua hanya Allah saja yang mampu membalas budi baik dan kasih sayang kalian semua.”  

Untuk info, ND Lala telah mendirikan rumah tangga dengan Fauziah pada tahun 1989 dan mereka mempunyai empat ornag anak dua lelaki dan dua perempuan iaitu Shila Amzah dan Syada Amzah.