Nabil Jihan tak pernah minta maaf – Respon Alyah lawak di pentas GV

4,075 views

Rancangan realiti paling popular ketika ini sudah tentulah rancangan nyanyian Gegar Vaganza. Kali ni dah masuk musim ke enam dengan menyaksikan peserta yang semakin hebat belaka.

Dan sinonim dengan rancangan Gegar Vaganza, sudah tentu ramai yang dah tahu tentang celoteh pengacaranya iaitu Nabil Ahmad dan juga Jihan Muse. Dua gabungan yang cukup menghiburkan dan sering memeriahkan rancangan ini. Tak salah kalau dikatakan tanpa mereka berdua, boleh jadi suram dan hambar rancangan Gegar Vaganza ni.

Salah satu sikap dan perangan kedua pengacara ini adalah suka sangat menyakat dan membahan para juri. Antara yang paling selalu kena bahan ialah juri paling popular iaitu Datuk Ramli MS.

Sejak dari musim pertama, Nabil dan Jihan memang suka bergurau dengan Tok Ram. Dan pada minggu lalu, kedua mereka ada membahan tentang isteri Tok Ram iaitu Datin Alyah.

Nabil meminta Datin Alyah untuk datang ke rancangan Gegar Vaganza minggu ini kerana ada lagunya yang dinyanyikan oleh peserta GV6 minggu ini.

Dek kerana selalu kena bahan dan nama diusik, pihak media ada bertanya tentang perasaan Datin Alyah tentang hal ini.

Penyanyi bersuara merdu ini memberitahu, dia memang tak ada terasa langsung dengan lawak dari Nabil dan Jihan yang ditujukan pada dia dan juga suaminya itu.

Malah, Alyah tidak ada rasa nak mrh atau dndam pada kedua pengacara ini. Ini komennya:

“Untuk musim GV kali ini, saya tengok mingu pertama saje. Minggu lain saya berkerja. Tetapi, saya dapat banyak mesej peribadi (Direct Message) di laman IG. Dari situ, sy memang tahu mereka (Nabil dan Jihan) ada membahan atau kenakan saya.

“Tidak pernah ada rasa geram ataupun marah pd mereka. Kerana dah 6 tahun, semuanya kena perkara sama je. Macam-macam yg mereka cakap, tapi saya ada kat rumah ok sahaja.

“Kadangkala, saya ada tanya kat Tok Ram, mengapa (mereka) kena buat lawak macam tu. Tok Ram cakap, benda macam gitu janganlah nak ambil hati. Saya malas nak amik tahu dan tak tau nak bagi respon apa. Mungkin kerana dah terbiasa kan.”

Datin Alyah juga mengakui, Jihan mahu pun Nabil memang tak ada nak hantar mesej untuk minta maaf jika lawak mereka agak keterlaluan, tapi Alyah faham kerana baginya mereka sekadar begurau.

“Saya mula kenali Nabil Ahmad sejak dia dari rancangan Raja Lawak lagi. Kalau diberi peluang balas balik, mmg byk yg saya boleh buat. Tetapi, itu kerja dorang, oleh itu saya biarkan saja. Saya tak ambil hati, namun org sekeliling shj yg banyak bg tekanan, saya okey.”

Itulah respon dari Datin Alyah tentang lawak dari Nabil Ahmad dan juga Jihan Muse di GV musim keenam ini.