Nabila bergambar seorang diri, netizen tertanya dimana Engku Emran

2,557 views

Selalunya jika baru berkahwin dan pertama kali menyambut hari raya sebagai suami isteri, sudah tentu pasangan berkenaan akan teruja dan mahu tayang gambar raya bersama.

Namun ini tidak dilakukan oleh kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila.

Walaupun baru berkahwin dan pertama kali sambut aidilfitri bersama suami, Nabila dilihat langsung tak ada muatnaik gambar bersama Engku Emran.

Melalui satu entry di laman IG miliknya, Noor Nabila muatnaik gambar dirinya seorang diri sahaja tanpa adanya Engku Emran di sisi. Ini sekaligus mengundang pertanyaan dari para follower Noor Nabila di manakah gerangan sang suaminya.

Ini caption dari Nabila: “Selamat hari raya Aidilfitri kepada semua. Maafkanlah diri saya ini kalau ada tersalah cakap, terkasar perkataannya sehingga menyinggung perasaan sesiapa ataupun ada mengguris hati sesiapapun. Diharapkan kita semua berada di dalam keredhaan Allah. Insyaallah, amin ya rabal al amin.

Dilihat di bahagian komen, memang ramai follower yang meminta Nabila untuk upload gambar bersama Engku Emran.

Ini antara komen dari follower, ini komen dari Mya: “Mana gambar dengan suami, nak tengok pakai sedondon.

Pengguna bernama Myhoneykusyg bertanya: “Mana gambar suami baru?

Hauraxdean pula menulis: “Mana gambar Nabila dan family ni nak lihat.

Tolonglah post bergambar bersama dengan encik suami, mesti sweet dan romantic bersama.” Tulis seorang follower lain.

Sebelum ini pun, Nabila hanya ada muatnaik beberapa gambar anak sulungnya sahaja iaitu Jebat Jayden.

Selain pertanyaan tentang dimanakah suami Nabila, ramai juga yang memuji kecantikkan kakak kepada Neelofa ini dan ada juga yang menulis ucapan selamat hari raya kembali kepadanya dan juga keluarga.

Jika dilihat di laman Instagram milik Engku Emran pula, memang tiada langsung gambar raya pada tahun ini.

Namun telah diketahui umum bahawa kedua mereka ini, sama ada Noor Nabila dan Engku Emran lebih suka memilih untuk tidak mendedahkan kehidupan mereka kepada public dan menjaga privacy kehidupan mereka.