“Betulkan niat” Ini respon Intan Liyana Saleh

11,791 views

Pertemuan antara Izreen Azminda dan Intan Liyana Saleh di rancangan Melodi menjadi perhatian netizen.

Izreen Azminda ada buat kenyataan bahawa dia telahpun meminta maaf kepada Intan sebanyak tiga kali ketika berjumpa di rakaman Melodi berkenaan.

Namun hari ini, akhirnya Intan menulis sesuatu di laman IG miliknya dikatakan sebagai respon kepada Izreen Azminda.

Penulisan ini telah menimbulkan spekulasi di kalangan para followernya. Jom baca caption Intan Liyana.

Niat itu umpana surat. Jika salah tulis alamatnya maka tak akan sampai kerana salah tempatnya. Setiap orang akan kembali pada apa yang mereka niat. Oleh itu silalah betulkan niatnya.

Selagi tak ada rasa kebahagiaan, selagi adanya kesulitan, mana mungkin ianya boleh dilupakan. Bergantung kepada situasinya, sekiranya ikhlas hanya lah pada Allah, aku dan dirinya. Buat apa yang Allah suk. Aku ni bukannya sesiapa.

Memang banyak respon yang ditulis oleh para follower Intan yang memberi pandangan masing-masing.

Ada yang meminta Intan Liyana agar terus kuat dan ada yang minta agar dia maafkan sahaja dan move on dengan kehidupan baru.

Antara komen yang jadi tumpuan ialah dari pelakon yang juga rakan Intan iaitu Nazia Mustafar.

Kasihan kat adik aku ni dia dah kena game, permainan demi permainankan kan Rita Rudaini, nampak macam kononnya baik dan mahu mohon maaf, orang akan cakap pula nanti yang kau ni yang tak nak maafkan orang dik, namun orang tak tahu apa berlaku selama ni.

Nazia kemudian ada menjawab pertanyaan netizen bahawa hanya dia dan Rita Rudaini saja yang tahu permainkan yang dimaksudkan, namun tidak ada bercakap dengan lebih lanjut.

Tayangan Melodi yang menjemput kedua mereka itu nampak telah menerima kritikan dari netizen. Namun penerbit Melodi mengatakan dia dah menerima persetujuan dari Intan Liyana dan juga Izreen Azminda untuk bersua muka dan jika salah seorang tak setuju, keduanya tak akan dijemput terus.