(Video) Family Neelofa beraya bersama, jadi tanda tanya

6,818 views

Pada hari raya ke 5 ini, sekali lagi family Neelofa menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Kali ini gara-gara satu video yang diupload oleh kakaknya iaitu Noor Nabila.

Video itu menunnjukkan bahawa kelihatan Neelofa sekeluarga sekali lagi seperti melanggar arahan prosedur operasi standard atau SOP untuk hari raya Aidilfitri yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Noor Nabila pada mulanya muatnaik video yang berdurasi 27 saat itu di laman media Instagram miliknya dan kemudian telah jadi viral di laman twitter.

Ianya dimuatnaik semula di laman Twitter dan terus menjadi bualan para netizen. Ini kerana video itu jelas menunjukkan keluarga Neelofa berkumpul di kediaman yang sama.

Antara yang berada dalam video ialah Ibu bapa Neelofa, Engku Emran dan anaknya Engku Aleesya, dan Pu Riz.

“Satu Syawal yang teramat mulia,” Itulah caption yang telah tulis ditulis oleh Noor Nabila. Namun tidak lama kemudian didapati video berkenaan telah dipadamkan dari Instagram miliknya.

Dapat dilihat banyak respon tidak puas hati telah diberikan oleh para netizen.

Rata-rata mempersoalkan adakah mereka semua memang duduk satu rumah dan boleh berkunjung mengunjung walhal ianya tidak dibenarkan melalui perintah PKP pada hari raya tahun ini.

Jom baca antara komen mereka.

Menjengah ke laman Twitter, rata-rata netizen meninggalkan komen berbaur kemarahan dan tidak puas hati selain mempertikaikan tindakan keluarga itu.

“Fuh nampak seronoknya. Memang betul kebal dorang ni. Mereka semua ni memang duduk rumah panjang sekali ke boleh raya bersama.”

“Rasanya semua ni tak duduk satu rumah kan, dah buka kertas siasatan ke belum.”

Neelofa sebelum ini mecetuskan kemarfahan orang ramai bermula dengan pelanggaran Sop di majlis kahwinnya dan kemudian salah guna pelepasan kerja untuk ke Pulau Langkawi.

Dalam bulan puasa pula, Neelofa dan Pu Riz dikritik kerana merentas negeri sekali lagi untuk ke Nilai membeli karpet.