Nabila Huda, Awal Ashaari patut marah orang yang saman, bukan peguam~ Hafidzah

5,913 views

Antara nama peguam yang terkenal ketika ini ialah Nurul Hafidzah Hassan yang merupakan antara peguam mewakili Siti Bainun dalam kes kanak-kanak bernama Bella.

Kemudian, dua selebriti terkenal tanah air iaitu Nabila Huda dan Awal Ashaari memuatnaik kenyataan tentang lawyer berkenaan yang dikatakan mahukan popularity.

Ada beberapa kenyataan dari Nabila Huda dan juga Awal Ashaari yang membidas peguam berkenaan.

Melalui portal Mstar, peguam berkenaan melabel tindakan Nabila Huda dan Awal Ashaari tersebut agak kebudak-budakkan.

Jelas Hafidzah, dia hanya wakil saja, dan mereka berdua patutnya marah kepada pihak yang menyaman mereka, bukannya peguam.

“Saya rasa hal tu picisan, benda tu tidak dapat membuat sesuatu perdebatan secara fakta. Sebenarnya bagi saya ia agak lucu kerana saya rasa macam agak kiddish begitu.”

“Apa yang saya buat contoh hantar surat tuntutan saman, sebenarnya itu semua merupakan proses biasa untuk bawa kes ke mahkamah.”

“Mereka berdua ni patutnya marah kepada orang yang saman mereka, bukannya nak marah kepada peguam. Peguam ni hanya jalankan tugasnya saja.”

Jelas Hafidzah lagi, dia tak boleh nak buat apa jika orang tak suka padanya, dan hanya mahu jadi diri sendiri. Namun ianya tak perlu secara keterlaluan.

“Jika mereka buat begitu agar orang tak suka saya, saya tak boleh buat apa-apa. Saya ni hanya jadi diri saya saja.”

“Terpulanglah kepada mereka. Cumanya jika mereka bercakap begitu boleh timbulkan kesan lain, ada undang-undang, saya juga berhak untuk nak pertahan diri saya. Sekali lagi nak cakap, peguam adalah wakil saja, you all yang gaduh, takde kena mengena dengan saya.”

Hafidzah merupakan peguam yang mewakili dua pihak yang menyaman Awal Ashaari dan Nabila Huda dalam dua kes yang berlainan.

Awal Ashaari terlibat dengan kes dengan syarikat hiasan dalaman, manakala Nabila Huda terlibat dengan kes seorang aktivis ketika musim banjir.