Radhi OAG sempat nyanyi ketika keluar mahkamah, mengaku tak bersalah

9,447 views

Pada hari ini penyanyi dari kumpulan OAG iaitu Radhi telah didakwa dimahkamah di atas satu kes dengan bekas isterinya.

Melalui satu video, ketika dibawa keluar dari mahkamah, Radhi yang kini berumur 45 tahun, dilihat telah sempat menyanyi sedikit rangkap dari salah satu lagu popularnya.

Selambar yaya kau menggila-gila.” Nyanyi Radhi memetik lirik dari lagu popular Slumber.

Tentang pendakwaan yang dibuat ke atasnya, Radhi telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas tuduhan medatangkan kemudaratan secara fizikal kepada bekas isterinya iaitu Nur Shaira Ayu.

Radhi membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di depat Majistret Muhammad Iskandar Zainol.

Kejadian di katakan telah berlaku di tempat parking di rumah Radhi OAG di Damansara. Dari laporan oleh bekas isteri Radhi, ketika itu dia mahu mengambil anak-anak. Kemudian Ayu tidak mahu bergambar dengan Radhi menyebabkan penyanyi itu bertindak menolak Ayu.

Majistret kemudian telah memutuskan Radhi untuk diikat jamin dengan wang jaminan sebanyak RM2500 dan seorang penjamin. Ada juga syarat tambahan yang mana Radhi tak dibenarkan ganggu saksi pendakwaan termasuk Ayu.

Untuk sebutan semula kes ini, ianya telah dijadualkan pada 13 Julai ini.

Selepas kes, ini komen dari Radhi. “Saya serahkan semuanya kepada pihak berkuasa untuk buat tugas mereka. Semoga Alah pelihara kesihatan saya.”

Radhi OAG dan Ayu berpisah pada tahun 2019 selepas 5 tahun melayari bahtera sebagai pasangan suami isteri.

Mereka berdua berkahwin pada tahun 2014, dan hasil perkahwinan mempunyai dua orang cahaya mata yang kini dah berumur 7 tahun dan juga 6 tahun.

Selepas berpisah dengan Radho OAG, Ayu dan anak-anaknya kini tinggal bersama ibu bapa Ayu di Kota Damansara.