Mawi tak malu akui takut bini, tak pernah diganggu orang ketiga

4,633 views

Mawi kini sedang melebarkan sayapnya dalam bidang seni. Setelah bergelar penyanyi terkenal sehingga mencetuskan fenomena ketika di zaman kegemilangannya seepas bergelar juara AF, selebriti berumur 41 tahun ini telah bergelar pelakon, pengarah dan juga penyampai radio.

Ketika di zaman kemuncak, Mawi juga telah mengakhiri zaman solonya dengan isteri iaitu Ekin pada tahun 2008.

Sudah lebih kurang 14 tahun mendirikan rumah tangga, bagi Mawi dia tidak kisah menggunakan frasa takut bini dalam perkahwinannya.

Jelas Mawi lagi, penggunakan ayat itu juga satu penghormatan buat isterinya itu, dan dapat membahagiakannya.

“Saya tak malu cakap saya takut bini depan orang ramai kerana bagi saya ianya lebih kepada menghormati isteri. Lagipun, sepanjang bersama, Ekin merupakan orang yang selalu saja menyokong saya dalam semua hal.”

“Contohnya, ketika nak hasilkan filem saya, banyak bantuan modal datangnya daripada Ekin dan family yang ain. Oleh itu, dia ni memang amat banyak bantu saya selain memberi sokongan dalam kerja saya.”

Dalam perkahwinan sudah tentu ada ujian, kata Mawi, apa yang penting ialah cara menyelesaikannya.

“Siapa saja yang dah kahwin, mana ada yang tak pernah kena ujian. Saya pun pernah laluinya, memang ada ujian. Ujian saya ni bukan sebab orang ketiga.”

“Ujian rumah tangga kami telah hadir dalam pelbagai faktor. Apapun syukur rumah tangga saya dan Ekin tak pernah diganggu orang ketiga.”

“Jika ada ujian sebiaknya suami isteri kena berterus terang supaya tak ada salah faham.”

Dalam pada itu, ditanya tentang rakan baiknya iaitu Syamsul Yusuf, Mawi berkata dia tak ambil pusing tentang hal peribadinya, malah Syamsul pun tak pernah bercerita tentangnya.

Dia tak pernah cerita tentang hal rumah tangga. Saya pun tak tanya.” Itu komen Mawi.