Sejak semalam kisah antara Atu Zero dan Nabila Razali berlegar di laman media sosial dan juga portal hiburan tanah air.
Ini gara-gara luahan hati Nabila Razali yang terusik dengan komen yang dikeluarkan oleh Atu Zero ketika rancangan realiti The Masked Singer.
Atu Zero mengatakan bahawa penyanyi Nabila Razali tidak boleh menyanyi secara langsung.
Melihat isu ini menjadi tular, Atu Zero lantas meminta maaf di atas percakapannya terhadap Nabila Razali itu.
Pelawak berumur 31 tahun ini sudahpun menulis mesej kepada Nabila Razali menerusi Ig, namun ternyata ianya tidak dibalas sungguhpun sudah dibaca.
“Saya dah pun mohon maaf kepada Nabila Razali, saya dah hantar mesej secara peribadi kepadanya menerusi IG setelah saya dapat tahu Nabila Razali tulis luahan rasa kecewa terhadap saya.”
“Namun begitu, tak ada sebarang respon balas dari Nabila sampai sekarang, walaupun dia dah pun melihat dan membaca mesej yang saya hantar kepadanya itu.”
Berkenaan komen yang Atu ungkapkan dalam The Masked Singer, dia mengatakan apa yang diperkatakannya itu berdasarkan isu yang terjadi sebelum ini.
“Kata-kata saya tu memang tak baguslah, namun kalau dilihat dari sudut yang lain, anggap saja ianya sebagai satu pembakar semangat supaya dapat menyanyi dengan lebih baik semasa buat persembahan secara langsung.”
“Apa yang saya cakap tu adalah perkara betul malahan sebelum ini pun hal ini pernah tular kan. Oleh itu, saya bercakap tu hanya berdasarkan apa yang saya dengar dan lihat sebelum ini.”
Setelah apa yang terjadi melibatkan Nabila Razali, Atu Zero berkata dia akan lebih berhati hati selepas ini untuk berkata-kata dan tak mahu lagi mengguris hati sesiapa.