Naim Daniel keliru dengan penjelasan ketua juri

8,609 views

Lagu berjudul Sembah tak layak ke pentas Anugerah Juara Lagu kali 35 (AJL35), satu keputusan yang memang ramai yang tak sangka dan rasa terkejut.

Penyanyi dan composer lagu berkenaan Naim Daniel turut akui agak terkilan kerana lagu itu tak berjaya melangkah ke AJL.

Malahan Naim Daniel berkata dia agak keliru dengan kenyataan dari ketua juri iaitu Azmeer tentang punca kegagalan lagu itu melangkah ke AJL.

Naim Daniel hairan apabila Azmeer ada memberi komen bahawa ada penilaian dibuat melibatkan vokalnya walhal dikatakan patutnya penilaian dibuat ke atas lagu, iaitu melodi dan lirik.

“Tak nafi saya ada letak harapan bahawa lagu saya iaitu Sembah akan melangkah ke pentas AJL tahun ini tetapi tiada rezeki. Lagu ini tak terpilih, saya okay saja, taklah kecewa sangat”.

“Tapinya, saya ada sedikit kekeliruan apabila ketua juri, Azmeer cakap bahawa bunyi gitar lagu Sembah dari Man Keedal, dikatakan telah ganggu untuk serlahkan vokal saya. Umum tahu, bahawa pentas AJL adalah anugerah untuk iktiraf melodi dan lirik lagu berkenaa, bukannya vokal penyanyi”.

“Dapat lihat, ada perbezaan statement kat situ, namun saya percaya pihak juri pastinya ada alasan tersendiri. Ini kerana mereka mahir dan banyak pengalaman dalam bidang mereka”.

Jelas juara untuk edisi tahun lepas ini, walaupun dia gagal ke Anugerah Juara Lagu, ianya tak mematahkan semangatnya untuk mencuba lagi di masa akan datang.

Naim Daniel mengharapkan para peminatnya tak terlalu emosi dan menerima keputusan itu dengan berlapang dada.

“Saya diberitahu bahawa netizen dan peminat ada yang bising kenapa lagu Sembah tidak dapat masuk AJL35, saya hargai semua pendapat dari mereka. Rasa dihargai seperti itu dari peminat buat saya amat berbangga”.

Pertandingan Anugera Juara Lagu kali ke 35 akan diadakan pada tarikh 7 Februari tahun 2021.