“Nak menipu lagi, Sophia terus pulang selepas persembahan Aliff” Bella Astillah

4,448 views

Kehadiran pelakon Sophia Albarakbah di All Stars Gegar Vaganza pada minggu lalu, nampaknya telah menimbulkan sedikit isu. 

Sophia berkata dia hanya hadir untuk menyaksikan Gegar Vaganza kerana menemani sepupunya Aisha Retno. 

Kata Sophia, dia hanya menonton persembahan sehingga persembahan Liza Hanim, dan tidak menunggu sehingga tamat. 

Ini kerana sepupunya itu telah mengajaknya keluar kerana Aisha Retno mahu membuat persembahan di GV Live Plus. 

Jelas Sophia lagi, dia tak ada pun masalah sekiranya bertembung dengan penyanyi Aliff Aziz.

Aliff Aziz juga berkata dia tak terkesan dengan kehadiran Sophia Albarakbah, dan fokusnya hanyalah untuk memberikan persembahan terbaiknya di pertandingan berkenaan. 

Namun begitu, isteri Aliff Aziz iaitu Bella Astillah ternyata kurang senang dengan kenyataan dari Sophia itu. 

Kata Bella, Sophia telah berbohong, dan terus saja keluar setelah habis menonton persembahan Aliff Aziz. 

“Masih nak membohong lagi tengok sampai Liza Hanim.” 

“Seriousla dia ni. Dah la nama dia tak ada dalam senarai tetamu.” 

“Lepas tu, habis saja Aliff nyanyi terus saja dia gerak balik.” 

“Duduk depan wartawan pun nak menipu lagi.” 

“Tapi tak hairun pun, sebab dia ni memang menipu dan kaki putar belit.” 

Dalam pada itu, Bella Astillah juga sempat berpesan kepada suaminya untuk menjaga hatinya, bukan menjaga orang lain. 

“Belum berhubung? Mengapa, nak berhubung lagi ke?” 

“Mengapa nak jaga hati orang sana, patut lebih jaga hati isteri ni, lagi penting.” 

Ini paparan luahan hati Bella Astillah tentang kehadiran Sophia Albarakbah di konsert Gegar Vaganza minggu ketiga Ahad lepas. 

Diimbas kembali, Sophia Albarakbah sebelum ini pernah dikaitkan dengan Aliff Aziz setelah mereka berdua terlibat dalam satu produksi, berlakon bersama. 

Ketika itu, Bella Astillah mengetahuinya dan mendedahkan kepada umum tentang kisah Aliff Aziz dan juga Sophia Albarakbah