“Mawar dah fikir mendalam” Fazley Yaakob

12,649 views

Selebriti Datuk Fazley Yaakob telah pun memberi sedikit kenyataan tentang adik iparnya iaitu pelakon Mawar Rashid yang kini sudah tidak lagi memakai tudung. 

Chef selebriti berumur 45 tahun itu berkata, Mawar telah pun berfikir panjang sebelum membuat keputusan berkenaan. 

Sebagai abang sulung dalam keluarganya, Fazley meminta semua pihak dapat menghormati keputusan Mawar itu.  

“Saya ni sebagai abang sulung dan juga ketua keluarga saya, amat berharap agar semua pihak dapat menghormati privasi adik ipar saya.”  

“Sudah pasti, keputusan yang dibuat itu, telahpun difikir secara mendalam dengan timbang tara daripada semua sudut oleh Mawar.” 

 Jelas Fazley Yaakob, dia tiada masalah dengan sebarang tindakan dari Mawar Rashid dan sentiasa mendoakan adik iparnya. 

“Saya selalu mendoakan yang terbaik buat Mawar dalam laluan dugaan ini sebab saya pasti orang ramai di luar sana akan buat penilaian, oleh itu, saya harap dia akan terus kuat dan tabah.”  

“Keluarga memang tak dimaklumkan tentang hal ini tetapi saya sebagai wakil keluarga tiada masalah dengan apa-apa keputusan yang Mawar buat dan menyokong asalkan dia bahagia dan tenang dalam proses mencari kebahagian di dalam hidupnya.” 

Kenyataan ini dibuat oleh Fazley Yaakob selepas dihubungi oleh portal Mstar semalam. 

Mawar Rashid yang merupakan isteri kepada adik Fazley iaitu Raf Yaakob, telah memuatnaik dua keping foto menunjukkan dirinya tidak lagi bertudung semalam. 

Pelakon ini meminta maaf dan berkata dia dah pun mencuba sedaya upaya namun ternyata dirinya tidak berjaya meneruskan untuk berhijab setelah tiga tahun berhijrah.  

Raf Yaakob berkahwin dengan Mawar Rashid pada hujung tahun 2017 dan sehingga kini mereka berdua dikurniakan tiga orang cahaya mata. 

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Mawar Rashid.