Nama panggilan Pu Riz kepada Lofa, tutup dengan emoji tapi masih boleh nampak

132,582 views

Neelofa satu nama besar dalam industry seni tanah air. Pernah dinobatkan sebagai pemenang Bintang Paling Popular selama dua tahun berturut-turut iaitu tahun 2015 dan 2016, kini Neelofa memilih jalan untuk berhijrah dan mendekatkan diri dengan pencipta.

Tahun 2020, satu penghijrahan yang cukup besar untuk Neelofa yang mana dia kini dah pun memakai niqab, menutup sebahagian mukanya.

Malahan, Neelofa kini telah pun disunting oleh seorang jejaka yang juga seorang pendakwah iaitu Pencetus Ummah Riz atau nama sebenarnya Harris Ismail. Melalui beberapa laporan, khabarnya mereka berdua akan bernikah pada tahun depan, namun belum ada tarikh yang rasmi lagi.

Tentang hubungan antara Neelofa dan juga Pu Riz ini, mereka berdua dilihat mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkannya secara umum kepada orang ramai.

Namun dalam perkembangan terbaru, akhirnya nama panggilan manja untuk Neelofa dari Pu Riz telah diketahui.

Melalui Instagram Story milik Neelofa, bekas pengacara MeleTop ini ada muatnaik sekeping gambar menunjukkan sebuah buku yang dihadiahkan oleh Pu Riz.

Melihat halaman pertama buku berkenaan, PU Riz ada menulis nota khas buat Neelofa. Ini tulisnya.

Semoga diberi kebaikan atas buka tajwid ini” Kemudian disusuli dengan emoji bunga, menutup huruf jawi yang ditulis, dipercayai nama panggilan untuk Neelofa.

Niat kita hanya satu iaitu untuk perbaiki bacaan kerana ini akan dapat menggembirakan Allah dapat menyebut perkataan dengan sempurna dan juga tepat. Semoga awak dikurniakan ilmu yang baik dan sempurna” Itu yang ditulis oleh Pu Riz.

Berbalik kepada tulisan yang ada disebalik emoji bunga itu, ianya dilihat merupakan huruf ‘Ha’ dan juga huruf ‘Ba’ yang jika disambungkan menjadi perkataan ‘hubun

Ayat ‘hubun’ ini merupakan bahasa arab yang mana ianya membawa maksud love, dan ini bermakna PU Riz memanggil nama neelofa dengan nama love.

Neelofa juga ada menulis bahawa dia telah diberi ilmu dan juga hubun iaitu cinta dan sayang.

Been showering me with hubun and ilmu. May Allah bless you endlessly” Ianya disusuli dengan tag nama Haris Ismail.Memang sweet habis kedua pasangan ini.

Memang ramai yang tak sabar nak lihat kedua mereka naik pelamin pada tahun depan.