Cikgu Azlan dan bapa mertua amat akrab, macam kawan kat rumah kata Elly Mazlein

3,591 views

Elly Mazlein dan suaminya Cikgu Azlan dilihat sedang menjalani hubungan suami isteri yang amat bahagia. Lebih menjadi impian, adalah apabila hubungan antara pasangan dengan ibu atau bapa mertua menjadi akrab, umpama ibu bapa kandung.

Itulah yang boleh dibayangkan tentang hubungan Cikgu Azlan dengan bapa mertuanya, Syed Hanafi iaitu bapa kepada Elly Mazlein.

Baru-baru ini, Elly Mazelin telah muatnaik sekeping gambar menunjukkan suaminya itu sedang mengambil gambar bapa Elly Mazlein. Ianya terus menjadi perhatian para followernya.

Gambar itu menunjukkan, dengan penuh kusyuk, Cikgu Azlan beriya merakam gambar Syed Hanafi yang sedang posing sakan.

Ini tuils Elly Mazlein di ruang caption: “Bukan main lagi pak mertua dengan menantunya. Seronok tengok, macam kawan mereka berdua ni dekat rumah. Tengok motor sama-sama, tengok lumba kereta F1 sama-sama. Lepas tu, suami saya jadi tukang ambil gambar untuk abah tu dah selalu sangat”.

Keserasian dan kemesraan hubungan antara Cikgu Azlan dan ayah Elly Mazelin itu membuat kan ramai orang di luar sana yang menyatakan kesyukuran kerana begitu jelas kelihatan kebahagiaan sedang dikecapi oleh family Elly Mazlein itu.

Ini pula antara komen dari netizen dan follower Elly Mazlein: “Masyaallah dapat rasakan bahagia kak lina tu. Apabila sesorang itu amat ikhlas sayangkan kita, dia boleh sayangkan family kita seperti family dia sendiri”.

Sebelum ini pun, ada ketika di musim PKP pada awal tahu dulu, Cikgu Azlan dan ayah Elly Mazlein saling memotong rambut antara satu sama lain, Cikgu Azlan potong rambut ayah mertua, Syed Hanafi pula kemudian potong rambut Cikgu Azlan.

Selain itu, hubungan Cikgu Azlan dengan anak Elly Mazlein hasil perkahwinan yang terdahulu turut amat rapat. Elly mengatakan, anaknya itu kini asyik melekat dengan suaminya sahaja.

Itulah antara sebab, Elly Mazlein jatuh hati dengan Cikgu Azlan, malah melabelnya sebagai antara lelaki terbaik yang hadir dalam hidupnya.

Diimbas kembali, Elly Mazlein dan Cikgu Azlan bernikah pada bulan Januari awal tahun ini. Semoga bahagia selalu.