Sejak semalam, telah digembar gemburkan tentang wajah anak Neelofa iaitu baby Bilal yang dimuat naik di sosial media oleh seornag individu.
Hal ini mendapat reaksi dari ibu kepada baby Bilal sendiri iaitu Neelofa, 33 tahun.
Sebagai seorang ibu yang menjaga privasi anak, Neelofa ternyata terkilan dan juga tersinggung dengan perbuatan berkenaan.
Sememangnya Neelofa tidak menutup wajah anaknya jika keluar di khalayak, tetapi tindakan sampai merakam dan sebarkan foto seseorang anak, tanpa izin dari keluarga merupakan tindakan yang tak hormati privasi seseorang.
“Saya ni sebagai ibu, dah tentulah tersinggung dengan perbuatan itu. Jika diluar, dan ada orang yang nampak, tak apa, tengoklah. Namun sampai nak rakam dan sebar, itu seakan tak hormati kami.”
“Sememangnya kalau di luar saya takkan halang, saya pun tak akan sorok-sorokan wajah dia, Bilal.”
“Patutnya, berilah saya, sebagai seorang ibu yang melahirkannya, yang sepatut buat benda ini (tayang wajah Bilal). Lagipun, memang dah merancang dengan suami sampai masa yang sesuai. Kita mahu menjadi orang pertama yang tunjuk wajahnya. Akan sampai masa itu.”
Seringkali jadi bahan media dan buah mulut orang ramai, Neelofa akui dah penat dengan isu wajah anaknya itu.
“Saya dah penat bila cakap tentang anak saya, Bilal, memang dah banyak sangat keluar artikel. Saya memang selalu saja ada banyak majlis, program, di luar dan sekirannya orang ramai nampak dan terserempak, dan tengok, tak mengapa, tak akan nak sorok.”
Itulah komen dari Neelofa tentang foto yang menunjukkan wajah baby Bilal semasa Neelofa mendukungnya ketika dikatakan berada di sebuah pusat perubatan.
Neelofa melahirkan Bilal pada bulan Mac 2021, hasil perkahwinannya dengan Muhammad Haris Ismail atau lebih dikenali dengan nama Pencetus Ummah Riz.