Neelofa dedah hal sebenar tentang kontrak dengan Swarovski

2,767 views

Agak kecoh di laman media sosial tentang penamatan kontrak Swarovski dengan Neelofa baru-baru ini.

Ianya bermula apabila ada netizen bertanya sendiri kepada Swarovski apakah tindakan syarikat berkenaan setelah Neelofa didapati melanggar Sop ketika PKP.

Swarovski kemudian ada menulis dan mengesahkan bahawa jenama berkenaan kini sudah tidak lagi bekerja sama dengan Neelofa.

Melihat hal ini menjadi viral, akhirnya pengacara dan pelakon tersebut membuka mulut memberi respon mendedahkan hal sebenar.

Jelas Neelofa, memang betul dia dan jenama Swarovski sudah tidak lagi jalin kerja sama dan bukan lagi duta kepada jenama berkenaan.

Namun, bekas pengacara MeleTop itu berkata, penamatan kontrak berkenaan bukanlah disebabkan oleh isu melanggar Sop sebaliknya kontark dengan Swarovski sudah habis pada bulan Disember tahun 2020.

Salam. Kontrak saya dengan jenama Swarovski telahpun tamat pada bulan Disember tahun 2020. Akan tetapi hubungan antara kami sentiasa baik dan ianya akan terus kekal seperti itu. Diharapkan ini dapatlah menjelaskan perkara sebenarnya.”

Neelofa membuat kenyataan berkenaan di laman media miliknya pagi tadi.

Ini menjawab isu berkaitan tweet dari Swarovski bahawa mereka sudah tidak lagi bekerja sama dengan Neelofa.

Jenama Swarovski menulis tweet tersebut setelah ramai netizen menulis dan meminta penjelasan dari pihak Swarovski adakah Neelofa masih lagi duta jenama berkenaan setelah terlibat dengan pelanggaran SOP serta salah guna kebenaran merentas negeri.

Di laman IG milik Lofa, kali terakhir Neelofa membuat promosi jenama Swarovski adalah pada bulan Disember dengan mengambil gambar dengan cincin, gelang dan jam Swarovski.

Mereka kali terakhir bekerjasama menerusi baju pengantin Neeelofa yang dikatakan bertatahkan 5 ribu batu Kristal Swarovski. Busana tersebut digunakan ketika wedding Neelofa dan Pu Riz di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.