Neelofa ngidam nasi dagang dari kedai ini, terus dihantar “Teringin sebelum pantang”

8,788 views

Kalau seseorang itu sedang hamil, memang ada saja keinginan si ibu untuk merasa sesuatu, contohnya nak makan sesuatu makanan yang spesifik atau nak buat sesuatu.

Itulah yang dinamakan mengidam ketika mengandung. Selalu kalau ibu mengidam ni, sudah tentu keinginan mereka itu akan cuba dilaksanakan dan akan dicari, terutama dari pihak suaminya.

Kali ini kita mahu bercerita sedikit tentang kisah selebriti terkenal tanah air Neelofa.

Semua pun dah tahu bahawa pelakon dan pengacara ini sedang hamil anak pertamanya. Kali ini Neelofa pun tak terlepas pengalaman mengidam.

Neelofa yang kini sedang sarat menganding ada meluahkan keinginan dan mengidam mahu menikmati juadah nasi dagang.

Keinginan Neelofa itu akhirnya tercapai setelah ada penjual nasi dagang yang terkenal, memenuhi impian isteri kepada PU Riz itu.

Penjual bernama Grannies turut menunjukkan perbualan WhatsApp antaranya dengan Neelofa yang telah menempah nasi dagang untuk breakfast.

“Breakfast khas untuk Neelofa. Syukur Alhamdulillah, semoga Grannies akan terus memberi manfaat kepada orang ramai.”

Dari perbualan Whatsapp itu, Neelofa ada bertanya untuk order nasi dagang dari pihak Grannies.

“Salam Kak Su, Lofa nak order nasi boleh tak. Teringin sebelum berpantang.” Tanya Neelofa kepada Grannies.

Pihak penjual berkenaan terus saja menghantar nasi dagang kepada Neelofa. Setelah meneriam nasi dagang berkenaan, Lofa mesej kembali dan memberitahu dia telah terima dan menikmati juadah berkenaan.

“Bayi dalam kandungan dah kenyang dah. Mak dia lebih kenyang, semoga murah rezeki selalu.” Tulis Neelofa

Keinginan Neelofa mahu merasa nasi dagang ini membuatkan netizen mula tertanya tentang nasi dagang tersebut dan ada yang pun turut sama nak order dan rasai sendiri nasi dagang dari kedai berkenaan.

Jika dilihat, sebelum ini, sudah beberapa kali Neelofa merasai makanan yang dijual oleh kedai berkenaan. Kalau Neelofa suka sudah semestinya memang sedap kan.

Dapat lihat sebelum ini bukan saja Neelofa, Dato Seri Siti Nurhaliza pun pernah makan nasi dari kedai ini.

Neelofa dijangka bersalin pada hujung bulan Januari atau pun bulan Februari, sudah tak lama saja lagi, semoga segala urusan dipermudahkan.