Pelakon Siti Elizad dan suaminya, Shamsul Baharin menyambut anniversary yang ke lapan pada tahun 2022 ini.
Lapan tahun membina mahligai rumah tangga bersama, pasangan ini berasa amat bahagia sekali.
Walau bagaimanapun, SIti Elizad dan suami masih bersabar untuk dikurniakan cahaya mata sulung mereka.
Siti Elizad percaya dengan aturan Illahi adalah yang terbaik buat dirinya dan suami.
“Dengan izin dari Allah, tahun ni kami akan cuba lagi. Sekiranga masih tak ada, kami hanya mampu reda saja la dan kami akan terus enjoy hidup berdua.”
“Tekanan memang ada, setiap tahun mencuba tapi masih belum menjadi, akan tetapi kali ini, saya malas dah nak fikirkan lagi, memandangkan umur pun dah naik meningkat, saya tak mahulah ada stress-stress ni, nak bertenang saja.”
“Kadangkala, apabila ada orang yang push tanya tentang anak, tu yang rasa geram tu, kalau buat anak ni macam mesin tak apa juga kan.”
Dalam pada itu, Siti Elizad akui ada tanya suaminya jika mahu kahwin lain untuk mendapatkan anak, namun Elizad menjelaskan bagi suaminya, zuriat bukanlah satu isu sebab suaminya sudah mempunyai dua cahaya mata melalui perkahwinannya yang terdahulu.
“Ada juga tanya suami kalau dia nak kahwin lain tetapi dia kata dah ada dua anak sebelum ini, jadi dia tak rasa pun zuriat ini merupakan satu isu dalam rumah tangga kami.”
Siti Elizad dan Shamsul Baharin bernikah pada tarikh 11 Januari tahun 2015.
Pada tahun 2020, pelakon dan deejay radio ini pernah buat rawatan kesuburan in-vitro untuk mendapatkan anak pertamanya bersama suami, namun telah mengalami keguguran selepas seminggu disahkan hamil.
Siti Elizad ada berkata dia tidak akan berputus asa dan terus berikhtiar. Sama-sama kita doakan buat Siti Elizad untuk menimang anak kandungnya sendiri, amin.