“Ni siapa? Ni Rosli” Mak dah tak ingat, tak cam wajah Che Wan, dipanggil Rosli

1,580 views

Kalau sebut chef paling terkenal kat Malaysia ni, sudah tentu ramai yang menyebut nama Datuk Chef Wan.

Bukan saja hebat memasak di dapur, tetapi celoteh Chef Wan juga amat menghiburkan dan selalu dinanti ramai.

Mempunyai cara tersendiri ketika melayan para penonton, celoteh Chef Wan ini sebenarnya yang memikat hati para peminatnya.

Kisah peribadi Chef Wan juga tak kurang hebatnya. Anak-anak Chef juga boleh dikatakan dikenali ramai.

Anak perempuan bernama Serina, seorang pelakon dan pengacara, manakala anak lelaki pula Chef Riz, mengikut jejak langkahnya sebagai chef selebriti.

Selain anak-anak, ibu Chef Wan juga menerima tempias dan dikenali ramai. Ibu Chef Wan bernama Che Ani.

Kini di usia sudah mencecah 90an, Che Ani sedang diuji apabila disahkan mempunyai barah.

Selain itu, Che Ani juga mempunyai masalah ingatan atau lebih dikenali dengan nama dementia.

Baru-baru ini, Chef Wan ada muatnaik beberapa vieo menunjukkan keadaan terkini ibunya itu. Video itu ketika Che Ani baru selesai jalani rawatan untuk barahnya.

Ada satu video yang mana nurse bertanya kenal itu siapa, sambil menunjuk kearah Chef Wan yang berada di depannya. Namun, Che Ani tertanya tidak kenal dan menyatakan itu Rosli.

Kemudian, nurse bertanya lagi, Chef Wan mana, dan kemudian Che Ani menjawab Chef Wan tak ada sedang pergi bekerja.

Nurse bertanya: “Ni siapa, mana Chef Wan.

Ibu Chef Wan menjawab: “Tu Rosli, Chef Wan tiada, dia pergi kerja. Dia ada kedai makan.

Chef Wan hanya terhibur melihat telatah ibunya itu. Kata Chef Wan sambil bergurau penat dia jaga mak, tapi tak kenal juga akhirnya.

Ayo, penat aku jaga dia, lembu punya susu, sapi kasi nama ka. Aku dua hari dua malam jaga mak.” Kata Chef Wan hanya bergurau senda.

“Habislah nama aku pun dah tak ada dah. Ingat dia nak kata aku ni the best. Tadi dia panggil aku adik. Dik sini, aku pun jawab, apa kak.”

Ini videonya.

Datuk Chef Wan dikenali sebagai seorang yang amat penyayang dan sentiasa menjaga ibunya iaitu Che Ani.