“Saya dan isteri okey” ~ Amir Raja Lawak

2,111 views

Kami okey saja.” Itulah antara ungkapan yang dituturkan oleh pelakon dan pelawak, Amir Raja Lawak.

Sudah tujuh tahun Amir Raja Lawak mendirikan rumah tangga dengan cinta hatinya, bernama Nur Intan Syafinaz.

Sejak berkahwin, sudah tentu suah ada rasa hati mahu menerima kehadiran orang yang baru, ahli keluarga yang baru iaitu cahaya mata.

Namun sehingga kini, pasangan ini masih lagi belum dikurniakan zuriat, masih lagi belum diberikan rezeki untuk bergelar ibu bapa.

Amir Raja Lawak yang kini berumur 34 tahun, akur dan menerima saja hal ini, baginya belum ada rezeki tertulis buatnya.

Dan sekiranya ada pihak yang mengata dirinya dan isteri tentang hal ini, Amir dan isteri tidak ambil peduli.

“Saya dari dulu pun memang seperti ini. Kalau orang cakap-cakap pasal saya pun, selalunya saya buat tak tahu je.”

“Bak kata pepatah, tak hidup untuk dipuji. Kami tak ada rasa tertekan sungguhpun belum ada anak. Saya dan isteri jalani hidup seperti biasa saja.”

Tentang usaha, Amir dan isteri memang dah mencuba pelbagai ikhtiar, dan tidak berputus asa.

“Memang kami ada juga usaha yang dilakukan dari segi perubatan. Selain itu, kami ada cuba urutan badan itu serta beberapa rawatan tradisional, memang kami dah lakukan.”

Kemudian, ditanya tentang untuk ambil anak angkat, Amir mendedahkan dia dan isteri masih belum berfikir sampai ke arah itu.

“Tidak pernah terfikir lagi. Khuatir juga sekiranya kami ambil anak orang, tetiba tak boleh nak teruskan. Macam-macam pula nanti kena. Saya fikir sekarang ni, belum masanya lagi. Biar kami betul-betul stabil dulu, kereta mewah semua tu dulu.”

Tentang kehidupannya dan isteri, Amir berkata semuanya okey. Ini komennya kepada Harian Metro.

“Setakat ini syukur sangat, alhamdulillah semuanya okay saja. Isteri saya bekerja dan saya pula ada perniagaan. Oleh itu kedua-duanya pun kini bekerja.”

Untuk info, Amir Raja Lawak bernikah dengan isterinya Nur Intan Syafinaz pada 14 Mac 2015.