Kehilangan remaja Nora Anne Quoirin, bermula tarikh 4 Ogos lepas akhirnya berakhir. Ini apabila remaja itu ditemui dalam keadaan tak bernyawa di cerun curam terletak tidak jauh dari kawasan air terjun dekat Gunung Berembun, Pantai, Seremban.
Sebelum ini, dari satu laporan Daily Mail, Nora Anne ada menyatakan kepada ahli keluarganya tentang betapa terujaannya apabila datang bercuti di situ.
Kisah Nora Anne yang amat teruja itu telah diketahui oleh sukarelawan yang terbabit dalam misi cari dan selamat (SAR) Nora Anne selama 10 hari itu.
Dikatakan, remaja 15 tahun ini telah memberitahu bahawa air terjun sangat menakjubkan. Dia nyatakan hal itu kepada ibunya, Maebh Jaseprin Quoirin sebaik sahaja tiba di sana.
Nora Anne dan sekeluarga pada mulanya merancangan untuk bercuti selama dua minggu di situ.
Sebelum Nora Anne dijumpai, sukarelawan memberitahu dia dimaklumkan untuk mencari di kawasan air terjun itu.
Ini komen dari sumber: “Kami diberitahu yg dia sgt teruja liht air terjun itu setibanya di resort. Kami buat carian di kawsn itu dengan ikut aliran air ke bawah gunung”
Dikatakan seramai dua puluh dua orang sukarelawan daripada Seremban Hiking Club sertai pencarian dan akhirnya mereka berjaya jumpa body Nora Anne di lokasi berkenaan dan terus memberitahu pihak berkuasa.
Diimbas kembali, remaja Nora Anne telah mula hilang dari bilik resort di Pantai, Seremban setelah disedari oleh ahli keluarganya pada sekitar jam 8 pagi, bertarikh 4 Ogos 2019.
Nora Anne merupakan seorang remaja dengan label orang kurang upaya (OKU). Ini kerana Nora Anne mengalami masalah pembelajaran atau digelar lembam. Mereka sekeluarga tiba di Malaysia pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu.