Nur Sajat dibantu individu bernama Wan Besi?

9,960 views

Semua kini dah tahu tentang kes melibatkan Nur Sajat yang berjaya melarikan diri ke negara jiran Thailand.

Malah Sajat sanggup seludup keluar dari negara ini menggunakan khidmat seorang lelaki, yang kini menjadi buruan pihak berkuasa.

Melalui laporan Harian Metro, indentiti lelaki yang membantu Sajat keluar dari Malaysia kini telah dikenalpasti.

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Wan Besi. Dari laporan itu, Wan Besi dikatakan individu yang bertanggungjawab seludup Sajat masuk ke Thailand melalui keretapi barang di Padang Besar Perlis.

Ini kenyataan yang dikeluarkan oleh Harian Metro.

Setelah mereka tiba di Padang Besar, Perlis, Wan Besi yang dibantu konco-konconya telah seludup Nur Sajat ke dalam gerabak kereta api dan berjaya lepasi sempadan negara.

Wan Besi dipercayai individu yang ada dua kerakyatan dan dialah dalang utama yang membawa Nur Sajat sampai ke Bangkok.

Wang sebanyak RM20 ribu dikenakan kepada Sajat dan ianya dibahagikan Wan Besi dengan pihak tertentu di kawasan Padang Besar yang bersengkokol dengannya.

Siasatan kini masih sedang dijalankan tentang berapa jumlah sebenar wang yang diberikan oleh Sajat.

Wan Besi memang dikatakan individu yang aktif dalam kegiatan penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand terutama di Padang Besar, Perlis dan telah menjadikan kawasan KTMB sebagai tempat operasi utamanya.

Laluan di sekitar pagar KTMB menjadi laluan utama rakyat Thailand untuk bolos masuk sempadan negara.

Sebelum ini, Wan Besi pernah ditahan sebanyak tiga kali oleh pihak polis melibatkan kes penyeludupan barang terlarang dan yang paling latest berkenaan kes tembakan di sempadan yang menyebabkan kematian anggota Pasukan Gerakan Am.

Selain itu, sememangnya ada pihak yang turut membantu Sajat dengan memberi nasihat untuk apply kad perlarian UNHCR dan merancang berpindah ke Australia.

Ada aktivis yang membantu serta beri nasihat Nur Sajat untuk minta kad pelarian UNHCR. Mereka juga beri nasihat tentang human right dan prosedur untuk berhijrah ke Australia.

Nur Sajat kini masih lagi di Bangkok Thailand dan pihak berkuasa Malaysia sedang giat melancarkan usaha untuk membawa pulangnya kembali ke tanah air.