Roslan Shah terus mesej Iqbal dan DS Vida, ini mesej balas dari Iqbal

103,581 views

Pagi tadi tak semena-mena ada kisah yang bertebaran tentang penghibur Roslan Shah yang ada bermimpi mengahwini ahli perniagaan terkenal Dato Seri Vida.

Dek kerana banyak kisah tentang DS Vida yang mahu berkahwin dengan Ahmad Iqbal, sampai termimpi Roslan Shah dibuatnya.

Namun begitu, pendedahan mimpi dari Roslan Shah ini telah jadi viral sehingga jadi tajuk utama beberapa pportal media.

Melihat ianya sudah viral, Roslan Shah tampil menegaskan ianya hanya mimpi saja. Malah Roslan juga sudahpun hubungi Dato Seri Vida dan juga Iqbal tentang hal ini.

Maaf nak cakap, Cik Lan hanya mimpi saja. Bukan isu ini serius pun. Cik Lan dah hubungi Dato Seri Vida pagi tadi settle kan semua dan tiada niat nak cari publisiti murahan atau buat marketing. Tak ada terlintas pun.

Cik Lan pun dah minta maaf kepada Iqbal melalui satu DM, pesanan message di Instagram miliknya dan sekali lagi nak bagitahu isu ini hanya permainan mimpi saja.

Memang Cik Lan tak layak pun, sebab bukan orang kaya raya. Yang kenal dengan Cik Lan mesti tahu Cik Lan suka buat lawak bergurau dan hiburkan mereka di pentas.

Itulah antara komen dari Roslan Shah setelah buat pendedahan dia ada termimpi berkahwin dengan Dato Seri Vida.

Dalam pada itu, Roslan Shah juga ada mendedahkan mesej kepada Iqbal dan respon balas dari Iqbal tentang isu ini. Ini antara respon dari Iqbal.

Wasalam, Cik Lan yang disayangi. Tak mengapa. Sekurangnya terhibur juga saya dan juga para netizen. Saya tahu Cik Lan seorang yang baik hati.

Di saat saya bersedih ni, Cik Lan cubalah ajak DS Vida kahwin, anak mereka mahukan orang yang lebih dewasa.”

Sebelum ini, Roslan berkata dia bermimpi berkahwin dengan Dato Seri Vida dan turut mendapat rstu dari anak-anak Vida iaitu Cik B dan juga Kacak.

Ini kenyataannya sebelum ini. “Selamat hanya dalam mimpi, kalau dah jodoh nak buat macam mana. Tapi Cik Lan tak mampu nak berikan sebulan sebanyak RM1 juta. Cik Lan hanya mampu nak bagi makan rojak buah saja. Cik Lan ni orang miskin sajalah.

Roslan Shah juga muatnaik gambar kenangan ketika bersama Dato Seri Vida dan Cik B serta Kacak.