Mahkamah keluarkan waran tangkap ke atas Norjuma, ini puncanya

8,701 views

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah pun membuat satu pengeluaran waran tangkap kepada ahli perniagaan yang juga selebriti, Norjuma Habib Mohamed.

Dari laporan Sinar Harian dan Murai, ianya di atas tindakan menghina mahkamah.

Arahan berkenaan dikeluarkan atas perintah Hakim Yasmin Abdul Razak pada tarikh 14 Februari 2022 yang lepas.

Punca waran ini dikeluarkan ialah setelah Norjuma tidak hadir ke mahkamah sejak bermulanya satu kes, yang mana dia telah disaman oleh sebuah syarikat iaitu Fame Up Entertainment.

Kerana itu, waran tangkap telah dikeluarkan ke atas ahli perniagaan yang juga bekas pengacara berumur 42 tahun itu.

Jelas peguam, Muhammad Hassanuddin Roslan yang mewakili pihak syarikat Fame Up Entertainment, buat masa sekarang ini usaha untuk serahkan waran tangkap kali pertama pada hari Selasa telahpun tidak berjaya.

Ini kenyataan dari pihak lawyer Fame Up Entertainment.

“Pihak kami dengan pihak bailiff mahkamah, dah cuba untuk mencari Norjuma selaku defendan di dua rumah sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, namun ternyata ianya gagal.”

“Oleh yang demikian, kami akan meminta tarikh baru untuk permohonan waran tangkap ke Norjuma dibuat sekali lagi.”

Untuk info, bailiff mahkamah ialah pihak yang dilantik oleh mahkamah untuk menyampaikan writ atau pun saman berkenaan.

Kali ini, mereka akan meminta bantuan pihak polis untuk urusan selanjutkan terutama untuk mengesan lokasi sebenar Norjuma Habib.

“Dengan ini, selepas ini kita akan serahkan waran tangkap berkenaan kepada pihak polis agar dapat membantu mengesan Norjuma dan dapat menahannya.”

Untuk info kes, sekitar tahun 2019 dan 2020, Fame Up Entertainment selaku plaintif telah memfaikan dua saman terhadap Norjuma Habib kerana membuat kenyataan yang tidak benar kepada syarikat berkenaan. ianya dilakukan pada tahun 208 dan juga tahun 2020.

Sehingga kini tiada sebarang kenyataan dan tidak diketahui dimanakah Norjuma Habib Mohamed yang juag merupakan pengasas tudung Aidijuma.