“Otak dia tak betul” Mak Wan Latah

3,474 views

Ekoran kes wanita bernama Amell mendedahkan beberapa video kelakuan Mak Wan Latah, pelakon ini menjadi tumpuan ramai.

Amell ni sebenarnya merupakan bekas pengurusnya, dan ramai yang terkejut dengan pendedahan dari Amell apatah lagi ada satu video yang melibatkan isu dengan bekas suaminya.

Kerana video berkenaan menjadi tular, akhirnya Mak Wan Latah tampil memberi kenyataan.

Mak Wan berkata, apa yang diperkatakan oleh Amell itu tak benar sama sekali. Kata pelakon ini, Amell ni memang tak berapa betul otaknya.

“Jika kita ni melayan orang yang otak tak betul, kita pun jadi tak betul. Dia akan tulis apa saja. Mengapa sebelum ini dia tulis yang baik pasal saya, sebab dia nak duit saya kan. Oleh itu saya tak nak komen apa-apa dengan lebih lanjut. Mohon maaf ya, nak buka cerita tu, biarlah itu hak dia. Saya tak mahu cakap apa-apa.”

“Hanya Tuhan saja yang tahu, Tuhan yang baca dan lihat apa yang dia dah buat. Harap jangan nanti dia merangkak jumpa saya dengan dakwaan berkenaan. Manusia ni kalau kita dah tolong pun kadangkala dia masih boleh menggigit kita juga.”

Tentang video yang disebarkan itu, Mak Wan memberitahu dia tak mahu buka cerita langsung dan tak mahu melayan Amell.

“Tak mengapalah, jika ada berapa ramai orang nak bercakap dan mengata saya, biar sajalah.”

“Apa yang lebih penting, saya tak buat apa-apa pun. Saya tak nak buka dia macam mana saya pernah buat pada bekas suami.”

“Saya tak mahu langsung mengaibkan sesiapa, itu hak dia. itu semua gambar lama semua tu. Biarkan dia. Sebab saya pun tak buat apa.”

“Jika saya buat macam itu, nanti saya pula akan jadi macam dia, otak tidak berapa betul.”

Itulah respon dari Mak Wan Latah kepada pihak Mstar, yang mana diceritakan olehnya sambil dalam keadaan dirinya sedang menangis.

Mak Wan juga ada memberitahu dah buat report polis untuk melindungi dirinya.