“Untuk kahwin lagi, mungkin tidak..” ~ Rashidi Ishak

2,567 views

Selepas mengumumkan telah berpisah dengan pelakon Vanidah Imran 4 tahun yang lalu, pelakon Rashidi Ishak kini masih lagi single.

Berbicara tentang status dudanya, Rashidi kini amat selesa hidup secara single dan bersendirian.

Kini dah masuk ke umur 49 tahun, Rashidi akui pernah menjalin hubungan dengan beberapa wanita, namun semuanya tidak menjadi.

Setelah beberapa kali cuba mengenali wanita lain, Rashidi kini dah sedar bahawa hubungan cinta bukan lagi perkara yang utama dalam hidupnya.

“Secara jujur saya cakap, memang saya ada keluar dengan beberapa orang wanita selepas berpisah dengan bekas isteri. Masa itu saya fikir mungkin nak tunjuk diri ni masih lagi seorang yang menarik.”

“Setelah saja berpisah, dah pasti ada rasa nak memiliki orang lain pula. Namun apabila saya melaluinya, saya sedar kini perkara itu bukan lagi saya mahukan.”

“17 tahun saya dalam berada di alam perkahwinan sebelum ini, untuk kembali mendirikan rumah tangga mungkin tidak lagi.”

Walaupun Rashidi tidaklah menutup secara sepnuhnya, tetapi dia akui memang ada rasa khuatir untuk beri komitment dengan hubungan yang baru.

“Saya tak fikir mahu ada lagi komitmen yang seperti sebelum ini, mungkin juga saya ni ada rasa takut.”

“Apapun, ketika ini, saya lebih banyak habiskan masa dengan kerja. Kalau tak terlibat dengan penggambaran, saya akan menulis atau pun akan bermain muzik. Setakat ini, itu yang memberi keseronokan kepada saya.”

Diimbas kembali, Rashidi Ishak dan Vanidah Imran berkahwin pada tahun 2000 dan telah mengumumkan perpisahan pada tahun 2018.

Hasil perkahwinan selama 17 tahun lebih itu, Rashidi Ishak dan Vanidah dikurniakan dua orang cahaya mata yang kini sudah meningkat remaja.