“Paling rindu” Anak perempuan Shuib menangis melawat kubur arwah Siti Sarah

11,402 views

Sayu yang tak dapat diungkapkan, satu rindu yang tiada gantinya. Itulah yang boleh dikatakan jika seseorang itu merindui orang yang sudah tiada lagi di dunia ini.

Pemergian yang tidak disangka-sangka, satu perasaan yang agak perit. Apatah lagi jika ia melibatkan anak-anak. Itulah yang dirasai oleh anak perempuan Shuib iaitu Dzahira Talita.

Talita atau lebih mesra dipanggil dengan nama Dekta, 8 tahun, dilihat sedang bersedih kerana terlalu rindu arwah ibunya, Siti Sarah Raisuddin.

Satu video diupload oleh Shuib, di laman Instagram miliknya, petang tadi. Dekta sedang menangis ketika melawat kubur arwah ibunya itu.

Kemudian dilihat Shuib sedang memeluk dan menepuk belakang anaknya itu, untuk menenangkan dan memujuknya.

Shuib juga dilihat sedang termenang selepas memujuk anaknya itu.

Hati anak mana yang tak sedih dan sayu apabila teringat ibu yang tak akan kembali lagi.

Di ruangan caption Shuib menulis ayat ini:  “Paling di rindu.” Ianya diikuti dengan emoji love.

Lagu latar belakang yang dipilih ialah lagu syahdu berjudul “Bagaimana kalau aku tidak baik-baik saja.” Ianya dinaynyikan oleh penyanyi terkenal negara jiran, Judika. Ini videonya.

Diruangan komen memang ramai follower yang dapat merasai kesayuan dan rasa sebak setelah menonton video itu.

Rakan serta teman Shuib juga ada menulis respon sayu melihat video tersebut.

Memang amat sebak tengok dia.” Tulis Ryzal Ibrahim dari Durian Kimchi.

Aduh, Al fatihah buat arwah.” Tulis Angah Raja Lawak dan juga Achey beserta emoji sedih.

Dekta anak yang solehah, anak yang baik, harap Dekta terus kuat, be strong. Shuib kasi dia happy.” Tulis seorang pengguna Instagram.

Kasihannya tengok, ya Allah.” Tulis beberapa netizen lain.

Semoga Shuib dan anak-anak iaitu Uwais, Talita, Matin dan juga Ayash Affan akan terus kuat, lebih tenang dan bahagia selepas ini. Semoga segala urusan akan dipermudahkan. Sama-sama kita terus doakan buat arwah Siti Sarah.