Sajat jual rumah banglo mewah miliknya dengan harga RM9juta lebih

3,552 views

Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman telah pun tinggal di negara Australia ketika ini.

Menerusi perkembangan terkini, Sajat telah menjadi topic bualan sekali lagi apabila telahpun mengambil keputusan untuk menjual bangle mewah miliknya.

Banglo mewah milik Sajat itu terletak di Kota Damansara dan mahu di jual dengan harga RM9.5 juta.

Hal ini disahkan oleh wakil penjual rumah banglo mewah itu yang dikenali sebagai Nadhia. Jelas Nadhia, nilai rumah itu dijual berdasarkan nilai hartanah semasa iaitu RM9 juta lebih.

“Sejak rumah berkenaan telah diiklankan dalam tempoh dua hari, ada seramai lima orang yang hubungi untuk melihat keadaan rumah berkenaan.”

“Sajat sebenarnya terbuka saja, tak kisah nak jual kepada sesiapa saja yang berminat dan berkemampuan untuk memiliki bangle berkenaan. Harga berkenaan termasuklah landskap dan masih lagi boleh dirunding.”

Dari laporan portal Mstar, kata Nadhia, Sajat mahu menjual rumah tersebut kerana dah bertekad untuk meneruskan kehidupan di Asutralia dan tak mahu kembali ke Malaysia.

“Sajat dah pun buat keputusan nak jual rumah bangle berkenaan kerana sekarang ini dia tidak lagi menetap di Malaysia. Oleh itu, dia tidak perlukan rumah bungalow berkenaan yang mana hanya ada simpan beberapa aset saja.”

Sebelum ini, sebenarnya bungalow berkenaan dimiliki oleh ahli perniagaan Datuk Seri Aliff Syukri, dan didiami beberapa tahun bersama isteri dan anak-anaknya.

Aliff Syukri kemuidian telah membina sebuah rumah bungalow yang lebih besar dan berpindah ke rumah baru dan telah menjual bungalow berkenaan kepada Nur Sajat yang juga rakan baiknya.

Ketika itu Sajat membeli rumah bungalow itu daripada Datuk Seri Aliff Syukri dengan harga RM7.5 juta pada tahun 2017.