“Semua berjalan lancar” Intan Ladyana selamat melahirkan baby girl

4,026 views

Satu detik yang penuh sejarah dan indah buat pasangan pelakon Harris Alif dan Intan Ladyana apabila mereka menerima kehadiran ahli keluarga baru semalam.

Ini setelah Intan Ladyana, 40 tahun, selamat melahirkan cahaya mata perempuan, anak sulung mereka malam tadi.

Intan Ladyana melahirkan baby girl sekitar jam 11.40 malam tadi, bertarikh 31 Januari.

Pengumuman kehadiran cahaya mata sulung mereka itu diumumkan menerusi satu posting di laman media sosial milik Harris Aliff.

Alhamdulillah, syukur ya Allah, ya Tuhanku. 11.40pm, 31 January 2022. Puteri sulung untuk daddy dan mommy. Terima kasih semua di atas doa yang baik-baik.” Tulis Harris.

Harris dan Intan juga ada muatnaik gambar bersama baby mereka itu, namun kedua mereka menutup wajah baby berkenaan.

Dapat dilihat Harris Aliff, 23 tahun, langsung tidak kekok untuk mendukung baby sulungnya itu.

Dalam pada itu, Intan Ladyana ada memberi tahu bahawa semua urusannya ketika bersalin telah berjalan dengan begitu lancar sekali.

Alhamdulillah, all went well last night. Our baby girl was born at 11:40 pm on 31st January 2022.” Itu yang ditulis oleh Intan.

Selain itu, menjawab soalan dari pihak wartawan, ibu kepada Harris Alif bersyukur kerana telah mendapat cucu.

Syukur dan terima kasih di atas ucapan tahniah. Saya tak boleh nak bagitahu banyak sebab kedua mereka kini masih berada di hospital.” Kata ibu kepada Harris.

Sehingga kini, Harris Aliff dan Intan Ladyana masih lagi belum memberi respon, komen atau menjawab pertanyaan dari pihak media. Kita tunggu saja kenyataan dari Harris dan Intan nanti.

Apapun tahniah diucapkan kepada Intan Ladyana dan Harris Alif di atas kurniaan cahaya mata pertama ini, semoga terus bahagia.