Patut juri komen bakar semangat, bukan malukan peserta

19,713 views

Mas Idayu sebelum ini ada akui bahawa ketika jadi juri, dia akan menjadi amat tegas. Malah Mas Idayu ada menyatakan, kalau seseorang itu takut dengan komen pedas, lebih baik henti sahaja niat menjadi penyanyi.

Namun sikap yang ditunjukkan oleh Mas Idayu dengan imej sedemikian, tidak disetujui dua pelakon hebat iaitu Azhar Sulaiman dan juga Edika Yusof.

Azhar Sulaiman dan Edika Yusof mengatakan sikap sedemikian hanya akan mematahkan semangat artis baru selain boleh memalukan mereka apatah lagi dibuat secara live.

Ini komen Edika Yusof: “Pada pendapat saya, memang tak perlu pun nak komen panas-panas. Ini akan buat patah semangat dan malukan para peserta sebab satu Malaysia tengah tengok”.

Kita, sebagai orang yang ada pengalaman lebih baik beri komen yang membakar semangat, dan membina dan paling penting bukan kena malukan mereka”.

Manakala, Azhar ada menulis bahawa pa yang ditunjukkan di kaca tv, itulah persepsi penonton tentang sikap seseorang itu. Makanya sekirannya cakap tak berlapik ini ianya boleh memakan diri sendiri. Bak kata orang, ianya akan jadi cermin untuk orang tahu sikap sebenarnya seseorang itu.

Salam, ini kan rancangan realiti yang bersiaran langsung. Pada saya, apa yang you tunjuk akan jadi basis oleh netizen untuk lihat siapa diri anda yang sebenarnya. Yang rugi atau untung you juga. Jika cakap dan gaya terus makan diri”.

Kedua-dua komen ini menerima respon positif dari para netizen di luar sana. Komen yang membina lebih penting dari komen yang membuatkan perasaan seseorang itu terguris.

Namun, Mas Idayu tak berdiam diri malah membalas komen yang ditulis oleh Edika Yusof. Ini tulis Mas Idayu pula.

Nak ikut pendapat awak saja ke? Adakah awak kenal Mas Idayu sangat-sangat. Kau tau ke budak yang dia tegur, marah itu tiap-tiap hari WhatsApp, datang makan minum, sayang aku sampai sekarang

Itulah respon-respon tentang komen panas oleh para juri dalam rancangan reality secara live. Antara juri terkenal dengan imej sebegini ialah Mas Idayu dan juga Ajai.