Peguam Puteri Sarah akan kaji video di kedai emas, Syamsul pula kata “No komen”

12,977 views

Peguam Puteri Sarah Liyana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader telah memberi respon tentang sau video yang sedar menjadi buah mulut orang ramai ketika ini, iaitu video Syamsul Yusof dan Kazar, bapa kepada Ira Kazar, di sebuah kedai emas.

Jelas Datuk Akberdin, dia akan lihat dan teliti video tersebut untuk menilai jika ada pelanggaran perintah yang dikeluarkan pihak mahkamah.

Ini kenyataan dari pihak pihak peguam Puteri Sarah melalui Harian Metro.

“Saya baru difahamkan berkenaan satu video namun pihak kami akan lihat serta menelitinya terlebih dulu. Saya tak mahulah nak menghakiminya di waktu ini sebab kami kena study dulu sama ada pihak dia iaitu Ira, ada melanggari perintah interim injuksi tersebut.”

“Selepas dah teliti, barul rumusan akan dibuat, sekiranya perkara ini ada kaitan dengan Puteri Sarah. Sebenarnya injuksi ini bukan saja melibatkan Ira seorang saja, tapi termasuk semua ejen dan individu yang ada kaitan dan jelas bapa dia juga ada kaitan dengannya.”

“Sekiranya kita rasa ada pelanggaran perintah mahkamah dan barulah pihak kami akan mengambil tindakan dengan lebih lanjut.”

Puteri Sarah yang dihubungi pihak media, buat masa sekarang tak mahu beri kenyataan lanjut.

“Saya tak mahulah komen lagi tentang video itu, saya serahkan kepada peguam saja berkenaan video tersebut.”

Selain itu, dari satu laporan pihak Harian Metro, Syamsul Yusof dihubungi untuk bertanya tentang isu video kedai emas ini.

Akan tetapi, pengarah filem Mat Kilau ini tidak mahu memberi sebarang kenyataan.

“No komen. itu saja komen dari saya.” Itu saja yang diberi oleh Syamsul Yusof.

Video di kedai emas oleh Syamsul Yusof bersama bapa Ira Kazar iaitu penyanyi dan pelakon Kazar, menjadi tular pada hari ini, yang mana ramai kurang senang melihat adegan berkenaan walaupun hanya berlakon, kerana dilihat bagaikan tidak menjaga hati Puteri Sarah Liyana.