“Takkan dah kahwin dan ada anak, saya kena berubah cara berpakaian” ~ Emma Maembong

4,668 views

Pelakon berdarah kacukan Melayu dan Scotland, Emma Maembong, 30 tahun, seringkali tampil dengan imej berpakaian yang terdedah sejak akhir-akhir ini.

Paling ketara ialah ketika Emma Maembong bercuti di beberapa destinasi seperti di Bali, Indonesia, Patayya, Thailand dan ke pantai di dalam negara Malaysia.

Memang baju yang dipakai oleh Emma Maembong agak terdedah.

Emma atau betulnya, Fatimah Rohani Ismail selalu saja menerima pelbagai komen dari orang ramai yang menegurnya dari segi pakaian.

Kadangkala Emma Maembong mengambil pendekatan untuk menutup saja ruangan komen.

Sudah bergelar isteri dan bergelar ibu, kata Emma Maembong dia selesa dengan pakaian yang dipilih itu.

Tegas Emma, takkan kerana dah berkahwin dia perlu tukar cara pemakaian.

“Takkanlah apabila saja saya berkahwin dan dah ada anak, saya kena berubah pula. Bagi saya, anak adalah rezeki dan biarlah saya menjadi diri sendiri.”

“Tak bermakna kalau mempunyai anak, saya kena ketepikan benda saya sukai. Tetapi apapun, saya tetap akan jaga batasan sebagai isteri dan juga ibu.”

“Sebenarnya, saya pakai apa yang saya rasa selesa untuk dipakai. Kalau diikutkan, cara saya berpakaian sama saja sejak dari zaman remaja lagi.”

“Mungkin ada orang luar yang beranggapan saya pakai macam budak-budak, tetapi itulah cara saya hargai hidup. Selagi selesa, saya pakai. Contohnya kalau bercuti di pulau, saya akan pakai pakaian yang sesuai.”

Tambah Emma, sungguhpun sedar ada yang kurang senang, dia tetap positif.

“Kalau ada pihak yang tidak berapa suka tengok cara saya berpakaian, tak apa lah. Saya ni sentiasa saja positif.”

Jelas Emma, dia pun ada terdetik mahu berubah kelak.

“Siaya yang tidak mahu untuk berubah, suatu masa nanti. Siapa tahu saya kembali berhijab dengan doa yang baik-baik. Saya akan bertudung juga dihujungnya.”

Itulah komen dari Emma Maembong tentang cara pemakaiannya.