Pelakon ditahan, pandu laju secara melulu sehingga kekasih tercampak keluar kereta

1,337 views

Semalam satu video menunjukkan kereta Myvi yang dipandu dengan laju telah menjadi tular di laman media sosial. 

Di video itu, kereta Myvi berwarna silver memandu melulu, ke kiri dan ke kanan memotong kenderaan lain ketika jalan agak penuh dengan kenderaan. 

Malahan kereta berkenaan kemudian terbuka punti di bahagian penumpang da seorang wanita dilihat tercampak keluar dari kereta berkenaan. 

Kejadian ini dirakam sebuah kereta lain yang mana berlaku di MRR2 berdekatan dengan susur DUKE. 

Ini video pemanduan Myvi berkenaan. 

Setelah menerima laporan, pihak polis mengesahkan bahawa pemandu kereta berkenaan telah ditahan. 

Pemandu berkenaan seorang pelakon lelaki berumur 30 tahun, dan punca dia memandu sedemikian ialah kerena berkelahi dengan teman wanitanya, yang dikatakan individu tercampak keluar dari kereta. 

Polis kemudian mengesahkan kejadian berlaku sekitar jam 5 setengah petang. 

“Kejadian ini dipercayai berlaku setelah kereta Myvi dipandu selebriti lelaki, yang juga merupakan pelakon berumur 30 tahun, yang mana telah menukar lorong jalan secara zigzag sehingga hilang kawalan kereta yang dipandunya.”  

“Kereta Myvi itu kemudian hingga terlanggar bahagian sisi kiri sebuah kenderaan lain iaitu Toyota Innova.” 

Polis turut mengatakan ketika itu, pelakon berkenaan sedang berkelahi dengan kekasih hatinya yang berumur 25 tahun.  

“Siasatan mendapati kemalangan terjadi kerana kecuaian pemandu Myvi yang memandu secara melulu.”  

“Dikatakan semasa kejadian itu, pelakon berkenaan sedang bertengkar dengan kekasihnya yang juga penumpang wanita yang tercampak.”  

“Pemandu Myvi itu kini telah ditahan untuk siasatan lanjut. Ujian air kencing menunjukkan tiada sebarang barang terlarang.”  

Pihak polis kemudian meminta saksi kejadian untuk tampil ke balai polis untuk siasatan lanjut. 

Sehingga kini tidak diketahui siapakah individu pelakon berkenaan dan menjadi teka teki buat orang ramai di luar sana.