Terjawab sudah, ini punca Zizi Kirana muatnaik status tentang kecurangan

2,031 views

Di alam media sosial milik penyanyi Zizi Kirana jadi kecoh seketika setelah isteri kepada Yusof Bahrin ini muatnaik satu status yang agak panas juga. 

Hari ini, Zizi Kirana buat satu kenyataan berkaitan hal kecurangan yang mana dia berkata orang yang dah selalu buat hal kecurangan ini akan tetap buat juga. 

Hantaran dari Zizi Kirana itu ternyata membuatkan ramai yang tertanya tanya, apa punca Zizi Kirana up kan status sedemikian. 

Adakah ada sesuatu yang berlaku dalam rumah tangganya? 

Menjawab tentang kenyataan yang dimuatnaik itu, Zizi Kirana akhirnya menjelaskan apa yang menjadi punca dia menulis ayat status berkenaan. 

Penyanyi berumur 37 tahun ini mengatakan dia menulis ayat berkenaan ketika dalam keadaan yang penuh emosi.  

Dia agak teremosi setelah menonton sebuah drama Indonesia berjudul Mendua, satu kisah tentang kecurangan. 

Zizi menegaskan bahawa apa yang ditulis itu tak ada kena mengena dengan suaminya Yusof Bahrin, dia dan suaminya bahagia saja. 

“Ya tuhanku, saya dan suami, kami baik-baik sajalah. Saya tu ayat tu kerana masa tu rasa geram tengah tengok drama Indonesia, tajuknya Mendua.” 

“Drama tu kisah tentang lelaki kecurangan. Biasalah perempuan kan. Baru layan episod dua saya dah geram sangat dah.” 

Melihat ramai yang tertanya dengan status yang Zizi Kirana tulis, penyanyi ini berkata jangan cepat buat andaian. 

“Apa yang saya boleh katakan, jangan percaya seratus peratus apa yang terpapar di laman media sosial tu.” 

“Kena pilih apa yang kita nak percaya. Yang paling penting sekali, janganlah nak cepat buat andaian tanpa sebarang usul periksa.” 

Itulah jawapan dari Zizi Kirana tentang status yang ditulis olehnya pada pagi hari ini, terjawab sudah, rupanya tengah layan drama, bukan tentang Yusof Bahrin pun.