Pelakon hebat, Datuk Awie kutip RM161juta untuk semua filem lakonannya

2,475 views

Antara selebriti yang mampu menanyi dengan merdu dan berkebolehan dalam bidang lakonan ialah Datuk Awie

Sebagai penyanyi utama kumpulan Wings, suara Awie memang tak boleh dipertikaikan lagi. 

Akan tetapi, Awie mempunyai pakej yang lengkap apabila mampu berlakon dengan baik. Bermula dalam filem Sembilu, Awie terus mengorak langkah ke depan sebagai seorang pelakon. 

Yang terkini, pihak Finas telah mengeluarkan fakta bahawa Awie merupakan pelakon yang menerima kutipan filem terbanyak sepanjang zaman. 

Jumlah kutipan folem lakonan Awie secara total ialah RM161 juta keseluruhannya. 

Pelakon dan penyanyi, Datuk Awie berbangga apabila menjadi artis yang mengaut kutipan keseluruhan paling banyak iaitu RM161 juta bagi semua filem lakonannya. 

Awie ternyata terkejut dengan kenyataan dari pihak Finas ini, namun amat gembira dengan pencapaian yang dikecapi olehnya itu. 

“Syukur alhamdulillah, baru-baru ini saya memang terkejut juga apabila nama saya telah pun diumumkan sebagai pelakon Malaysia yang berlakon dalam filem-filem dengan jumlah kutipan keseluruhan yang paling banyak iaitu sebanyak RM161 juta.” 

“Dalam 40 tahun berkarya di dalam industri ini, saya amat bersyukur. Ini juga menjadi satu kebanggaan dan kejayaan kepada saya sebagai seorang anak seni.” 

“Saya pegang kepada satu benda iaitu, pengarah yang hebat dan bagus, akan melahirkan pelakon yang baik juga.” 

Selain Datuk Yusof Haslam yang mencungkil bakat Awie, Awie menyifatkan pencapaian dan kejayaannya dalam bidang lakonan banyak dibantu oleh dua pengarah lain iaitu arwah Mamat Khalid dan Datuk Afdlin Shauki. 

“Mamat Khalid nampak keselesaan saya dalam genre komedi. Dia cungkil watak Husin dalam diri seorang yang berjiwa rock. Begitu juga dengan Afdlin.” 

Jelas Awie, sebagai pelakon, untuk jadi lebih versatile, memang kena percaya kepada pengarah. 

“Nak jadi pelakon versatile, kita kena buang ego dan rasa malu. Kadang-kadang, jika terlalu ego, kita akan tolak untuk melakukan apa yang pengarah mahukan.” 

“Kalau terlalu control, kawal diri, dari sudut itu daripada melakukan banyak benda, ini akan merosakkan watak pelakon itu sendiri.” 

“Kita ni sebagai pelakon kenalah percaya bahawa apabila kita menandatangani kontrak dengan seorang pengarah, dia akan membawa kita ke level yang lebih tinggi.” 

Antara filem lakonan Awie ialah Sembilu, Maria Mariana, Cuci, Sumolah, Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah, Bikers Kental, Upin Ipin Jeng, dan juga Didi and friends the movie.

Tahniah buat Datuk Awie atas pencapaian yang hebat ini.